Macam biasa, dunia akhir zaman... Fitnah sudah menjadi makanan rutin...
Anak syarikat FELDA iaitu Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) tanpa henti difitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa lah yang mereka dapat dengan menyebar berita palsu ya???
Tersebar kononnya FGV antara syarikat yang disenaraihitamkan (blacklist) daripada jaminan MediExpress. Surat jaminan itu juga kononnya dikeluarkan oleh FPISB, FGVPM dan FASSB bagi pekerja asing adalah tanpa jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Nampak sangat wujud segelintir pihak yang begitu takut pada organisasi Felda ini. Cuba memporak-porandakan organisasi dalam Felda. Mewujudkan suasana tidak puas hati dikalangan para pekerja.
Sebab itu Felda diserang bertubi-tubi tanpa henti. Perasan hasad dengki pihak yang tidak bertanggungjawab ini sewajarnya tidak berlaku.
Apatah lagi Felda merupakan organisasi yang cukup prihatin dalam membela nasib rakyat terutama sekali buat masyarakat Felda itu sendiri.
Berbalik kepada penyebaran berita palsu yang mula disebarkan pada 15 Disember lepas, Bahagian Sumber Manusia FGV telah mengesahkan bahawa ia adalah berita palsu!
Menurut kenyataan, FGV berasa amat kesal dengan berita palsu berkenaan. Dalam masa sama FGV menggesa semua pihak supaya tidak mengekploitasikan isu tersebut.
Sebaliknya dapatkan pengesahan secara tepat dengan berhubung dengan Bahagian Komunikasi Korporat FGV menerusi email groupcorporatecomms@feldaglobal.com
Tidak lagi perlu risau kerana KEBAJIKAN PETUGAS KUMPULAN FGV ADALAH TERJAMIN!
#TerimaFaktaTolakFitnah
No comments:
Post a Comment