Pesawat Malaysia Airlines MH370 penerbangan KL - Beijing dilaporkan hilang daripada radar bersama 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac 2014.
Satu tarikh dan detik hitam, buat Malaysia, China dan beberapa negara lain.
Usaha mencari pesawat malang ini tetap diteruskan tanpa rasa putus asa.
Adalah menjadi sesuatu yang sukar jika sesebuah negara tidak bersahabat dengan negara-negara lain didunia. Ibarat orang yang tiada kawan dalam hidupnya.
Dalam hal ini, dapat dilihat bagaimana Malaysia, China, Australia termasuk negara-negara komuniti ASEAN bersatu padu membantu dalam misi mencari MH370.
Sejak setahun yang lalu, lebih daripada 20 buah negara telah membantu dalam misi pencarian MH370 dengan menyumbangkan pesawat, kapal, kapal selam dan satelit.
Terbaharu, ketika pemimpin-pemimpin dunia berhimpun pada sidang kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, China menerusi Perdana Menterinya Li Keqiang mengumumkan sumbangan berjumlah AUD20juta (RM62 juta) untuk misi pencarian MH370.
Bagi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, sumbangan tersebut sekaligus menjadikan usaha dalam misi pencarian MH370 dapat digerakkan sebaik mungkin.
Satu penghargaan dirakamkan buat negara China. Dalam masa sama Tiong Lai turut mengucapkan terima kasih Malaysia kepada rakan-rakan dikalangan anggota ASEAN yang telah menyumbang kepada misi pencarian MH370.
Malaysia bersama Australia dan China kekal komited dalam kesungguhan mencari MH370 tanpa rasa putus asa!
No comments:
Post a Comment