Kenapa Malaysia? Bukankah negara ini ringgitnya sedang jatuh? Dengan sistem percukaian baharu GST yang membebankan? Rasuah! Pemerintah korup! Mana ada pelabur hendak datang ke Malaysia!
Itu persepsi dan khabar angin yang disebarkan oleh parti-parti pembangkang menerusi cybertrooper dan lidah-lidah rasmi portal mereka.
Hakikatnya, Malaysia terus menjadi lokasi pilihan para pelabur luarnegara! Ini bukan cakap kosong atau berita palsu di media sosial yang diviralkan Red Bean Army.
Buktinya apabila baru-baru ini, syarikat pasar raya terbesar di Asia Barat, Lulu Group mengadakan pertemuan serta jalinan kerjasama dengan Felda Holding Berhad yang juga merupakan anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Sedia maklum, syarikat jenama FELDA ini antara pemain yang berjaya dalam sektor peladangan, pemasaran (minyak kelapa sawit, getah, koko dan baja), penyelidikan pertanian, pengilangan termasuk penternakan.
Tidak cukup dengan itu, FELDA terus mencipta nama sebagai syarikat berdaya saing apabila turut terlibat dalam aktiviti pelancongan, kejuruteraan, pembinaan dan pembangunan hartanah.
Maka itu tidak hairanlah syarikat besar di Asia Barat seperti Lulu Group berminat mengadakan perbincangan niaga bersama FELDA.
Dalam perbincangan antara Lulu Group dan Felda Holdings Bhd itu, mereka (Lulu Group) berhasrat membuat pelaburan awal berjumlah US$300 juta bagi mengembangkan pasaran runcit di Malaysia untuk tempoh dua tahun akan datang ini.
Sehubungan dengan itu, sebanyak 10 buah pasaraya hyper market akan diperluaskan secara berperingkat di seluruh negara. Mengikut jadual, mereka dijangkakan melancarkan pembukaan pasarayanya sekitar Februari 2016.
Untuk makluman pembaca, Lulu Group ketika ini memiliki 118 buah pasaraya dan pusat membeli belah berkelas dunia di Asia Barat dan India. Disamping itu, Lulu Group juga merupakan pengimport terbesar barangan Malaysia ke Asia Barat.
Lulu Group menegaskan bahawa pemilihan Malaysia sebagai lokasi pengembangan aktiviti peruncitan mereka adalah disebabkan oleh keyakinannya terhadap kestabilan ekonomi Malaysia!
No comments:
Post a Comment