AdSense

Saturday, November 28, 2015

Kemudahan pendidikan : Jadikan Johor sebagai model


Pendidikan merupakan satu keperluan yang amat penting bagi melahirkan pelapis-pelapis negara yang hebat suatu hari nanti. Segala kemudahan berkaitan pendidikan seperti pembinaan prasarana menjadi antara agenda utama ke arah mencapai cita-cita tersebut.

Di negeri Johor, setiap pembinaan kemudahan ini dapat disiapkan dengan cepat apabila ia mendapat sokongan daripada kerajaan negeri. Contoh terbaharu apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hwa 2 berjaya disiapkan dalam masa yang amat singkat.




SJK(C) Pei Hwa
Dibina di atas tanah seluas 1.6 hektar dengan kos RM10.5 juta, dilengkapi dengan infrastruktur teknologi moden seperti CCTV dan rekod cap jari kehadiran untuk 3000 bakal pelajar. Paling menarik, projek ini dapat disiapkan dalam tempoh hanya 8 bulan! (mula bina pada April dan kini sudah siap sepenuhnya). Sekolah ini akan dibuka awal tahun hadapan.

Majlis Penyerahan Bangunan SJK(C) Pei Hwa 2
Kata Timbalan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Johor tampak mampu dijadikan model terbaik kepada negeri-negeri lain dalam soal pembangunan kemudahan pendidikan.

Untuk makluman pembaca, lebih RM4 juta diperuntukkan oleh kerajaan Johor untuk membina serta menaiktaraf 98 buah sekolah di negeri tersebut. Jelas pada kita bahawa kerajaan negeri Johor begitu mementingkan soal pendidikan.

Tidak dinafikan bahawa lain-lain negeri juga mengambil sikap sama namun kejayaan projek pembinaan sekolah yang dapat disiapkan dalam tempoh 8 bulan seperti di Johor ini seharusnya dicontohi.

Setiap usaha seperti pembinaan sekolah, penambahbaikan atau apa jua berkaitan pendidikan perlulah dijalankan sepantas mungkin dan tidak boleh berlengah-lengah. Soal pembangunan kemudahan pendidikan untuk bakal pelapis negara sewajarnya tidak boleh dipandang sebelah mata.

No comments:

Post a Comment