AdSense

Tuesday, November 3, 2015

FELDA beri perhatian penghasilan tenaga melalui biogas


Kerajaan melahirkan hasrat untuk merancakkan teknologi hijau di kawasan FELDA berikutan banyaknya kilang sawit dalam negara kita. Antara bukti pembangunan positif FELDA.

Maka itu seluruh kilang sawit milik Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) di seluruh negara bakal memiliki loji pengeluaran komersial yang digelar Bio-Compressed Natural Gas (Bio-CNG).


Untuk makluman pembaca, teknologi ini berupaya menghasilkan tenaga elektrik.

Pembinaan loji ini akan dilaksanakan selepas melihat kepada hasil projek usaha sama dengan Sime Darby dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di kilang FPISB yang terletak di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Dalam pada itu Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abd Samad menjelaskan, biogas ini akan digunakan sebagai sumber penghasilan tenaga elektrik dan akan disalurkan ke grid nasional.

Ada lagi maklumat yang pastinya membanggakan anda terutamanya warga FELDA : Sumber tenaga Bio-CNG yang dihasilkan dengan menggunakan sisa buangan di kilang FPISB Felda Sungai Tengi ini merupakan yang PERTAMA DI DUNIA!

Bukan sahaja menghasilkan tenaga elektrik, ia juga akan menjadi bahan api alternatif kepada bahan api yang berasaskan fosil seperti gas petroleum cair (LPG).

Ternyata biogas ini berpotensi besar dalam penjanaan tenaga elektrik. Patutlah FELDA bersedia untuk menjadi pemain utama di sektor industri penghasilan tenaga elektrik dari sumber Bio-CNG pada masa akan datang.

Hebat, dengan ini ia bakal menjadi satu lagi kebanggaan FELDA untuk generasi sekarang dan akan datang.

No comments:

Post a Comment