Parti pembangkang, pemimpin DAP terutamanya atau lebih khusus, Ketua Publisitinya, Tony Pua merasakan panas sepanas cacing kepanasan berhubung perjumpaan CEO 1MDB bersama ahli-ahli MCA beberapa hari sudah.
Penyerang utama 1MDB Tony Pua ini berasa tidak puas hati, resah gelisah, gundah gulana dan lain-lain perumpamaan 'tidak senang duduk' apabila Arul Kanda selaku CEO 1MDB mengadakan pertemuan tersebut dalam sesi penerangan dan soal jawab pada seminar 'Economic Outlook' di Wisma MCA.
Sesi penerangan dan soal jawab ini antara lain adalah bagi mendapatkan penjelasan sebenar berasaskan pada fakta seterusnya menggelakkan ahli MCA daripada terpedaya dengan lambakan laporan palsu.
Tony Pua mungkin tidak sesekali menyangka bahawa MCA menggunakan pendekatan yang lebih baik iaitu mengadakan platform pertemuan dan soal jawab secara terus kepada 1MDB. Mungkin Tony Pua marah kerana pertemuan itu memberi kesan terhadap berita sensasi bagi tujuan meraih populariti politiknya.
A serang B dihadapan C.
B jumpa C beri penjelasan. - apa, siapa, bagaimana etc... 5W1H.
A resah gelisah. Atur sidang media segera untuk slot serangan baharu.
Apa salah C cuba mendapatkan penerangan dan penjelasan secara terus daripada pihak B dan bukannya mempercayai bulat-bulat apa yang wujud di media sosial?
Menambah kesakitan pembangkang, DAP dan Tony Pua adalah apabila Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dan Naib Presidennya Datuk Paduka Chew Mei Fun turut hadir di dalam sesi penerangan tersebut.
Wee Ka Siong dalam pada itu menegaskan bahawa MCA tidak akan mempertahankan sesiapa pun didalam isu 1MDB. MCA juga berpendirian untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat melakukan kesalahan, jika benar-benar didapati bersalah. Selain itu MCA turut menuntut agar kes 1MDB disiasat secara telus.
Jelaslah pada kita bahawa langkah yang diambil oleh MCA lebih profesional berbanding pembangkang, terutamanya DAP.
Sebelum itu, ramai pihak mendesak supaya dapat diadakan perdebatan diantara 1MDB dengan Tony Pua. Hari ini Arul dalam kenyataannya menyahut seruan itu. Namun apa yang penting, Tony Pua perlu melepaskan dahulu jawatannya sebagai anggota PAC kerana dikhuatiri mengganggu apa jua proses berkaitan siasatan 1MDB. Tinggal lagi, berani atau tidak Tony Pua berbuat demikian?
Atau lebih selesa menyalak di media sosial dan dihadapan wartawan seterusnya dipandang sebagai hero? Dalam masa sama mengherdik individu atau kumpulan yang bersemuka dengan 1MDB bagi mendapatkan penjelasan?
No comments:
Post a Comment