AdSense

Saturday, July 4, 2015

Selak fakta sejarah sebelum menyerang membabi buta

PROPAGANDA YAHUDI BUKAN SAJA UNTUK JATUHKAN NAJIB RAZAK TETAPI LEBIH DARIPADA ITU

4 Julai 2015

Iraq adalah sebuah negara yang amat berbahaya kerana mempunyai teknologi 'Bom Kimia' yang dilarang penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Itu adalah tuduhan dan propaganda terancang yang dijana oleh Yahudi satu ketika dahulu sebelum Amerika Syarikat menawan negara teluk ini.

Dengan menggunakan isu sebegini, kerajaan Iraq ditekan dan disekat ekonomi mereka sebagai salah satu cara membenarkan negara yang merdeka ini dimasuki dan dilondehkan strategik pertahanan mereka.

Setiap hari media Yahudi menanam propaganda kononnya kerajaan Saddam Hussein amat berbahaya kepada keselamatan negara-negara serantau dan seluruh dunia. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengecam dan menghalalkan pelan serangan terhadap Iraq.

Namun selepas penaklukan tentera AS. Tiada sebarang penemuan senjata berbahaya yang ditemui seperti yang digembar gemburkan selama ini hasil daripada risikan mereka kononnya.

Inilah kekuatan media Yahudi yang sering dijadikan senjata utama untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam yang berpengaruh.

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini. Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Matlamat utama mereka adalah memburukkan Malaysia di persada dunia dan dalam masa yang sama menjadi senjata menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Kemunculan portal Sarawak Report yang terkenal dengan pembohongan isu-isu semasa sengaja dijadikan rujukan oleh media tempatan dan luar negara hari ini.

Dalam dunia yang semakin tiada sempadan, keruntuhan sesebuah kerajaan Islam sememangnya dinantikan dan dengan cara pelaksanaan yang amat mudah. Bermodalkan fitnah yang memberi impak besar sebagai propaganda utama.

Iran antara negara yang disasarkan untuk diserang dengan tuduhan mempunyai senjata Nuklear. Namun negara ini bernasib baik kerana tidak termakan dengan desakan Yahudi di kala hampir seluruh negara kuasa-kuasa besar dunia telah hampir pasti menyerang Iran tetapi ianya berjaya dipatahkan dengan ketegasan pemimpin dan rakyat menangkis fitnah besar Yahudi.

Sekarang ianya sedang melanda kerajaan yang stabil di rantau Asia, Malaysia. Di sini penduduknya bijak dan senantiasa dapat menangkis dakyah propaganda Barat. Tetapi agenda memecahbelahkan perpaduan rakyat telah berjaya dilakukan mereka sedikit demi sedikit terutama di kalangan bangsa terbesar di sini yakni orang Melayu.

Portal Sarawak Report yang menjadi 'pilihan' sebilangan rakyat Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan berbukti kononnya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun bank peribadinya. Di mana logik dan kewarasan ianya dilakukan oleh pemimpin nombor satu negara yang semata-mata mahu mencuri wang kerajaan?

Apakah ini pelan jangka masa panjang untuk merehatkan Perdana Menteri? Benar atau tidak, bukanlah asasnya tetapi menggunakan media dan proganda Yahudi itu bukan sebaik cara menfitnah.

Sekiranya perkara ini tidak benar, sudah pasti pihak yang teraniaya akan menggunakan mahkamah dunia untuk mengadili mereka. Ada sesetengah pihak yang menyarankan agar Perdana Menteri menyaman WSJ namun adakah dengan cara itu membolehkan mereka didapati bersalah dan menjatuhkan hukum kepada mereka?

Tahukah kita berapa lama tempoh masa akan diambil untuk proses keadilan tersebut? Lihat apa yang terjadi di Iraq?

Setelah siasatan mendapati ianya adalah fitnah terancang, negara tersebut sudah pum hancur dan Islam sudah punah di sana.

Sebagai Rakyat Malaysia, amat wajar kita terus mengekalkan kewarasan kita untuk meneliti lebih baik dengan maklumat yang datang.

Kalau benar berita tersebut, seharusnya tajuk yang patut digunakan bukanlah bersifat "sumber maklumat, kemungkinan". Ini yang perlu difahami oleh semua pihak, iaitu antara berita benar atau berita bersandarkan andaian semata-mata.

Saya memohon dan merayu agar kita kekal bersatu dalam menempuh dugaan yang hebat ini. Secara pastinya ianya bukan ditujukan kepada Perdana Menteri semata-mata tetapi kepada kita semua untuk menilai.

Proses saman tetap akan berlaku tetapi apa yang sudah dirosakkan oleh Yahudi akan tetap terpahat dalam pikiran segelintir rakyat di sini.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Sent from my iPhone

4 comments:

  1. Kerajaan yang lemah pada hari ini mnjadi punca musuh mengambil peluang utk merosakkan negara..Rakyat di Malaysia masih waras dan bijak utk memelihara keamanan di negara ini tetapi malangnya kerajaan BN terus menekan rakyat dgn kos sara hidup yg semakin tinggi dan menteri2 bodo yg mengeluarkn knyataan menyakitkn hati rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. goblok punye jebeng....ini zon politik la goblok

      Delete
  2. Sikap malas mencari kebenaran yang sahih terutamanya oleh golongan muda yang terlalu mengharapkan dan mempercayai 'maklumat dihujung jari' telah merosakkan 'minda malas' anak-anak muda kita dengan budaya pembohongan dan budaya fitnah yang menjadi amalan pakatan pembangkang. Pakatan pembangkang yang sebenarnya merosakkan keamanan dan kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  3. Pakatan yang mengambil pendekatan munafik akan disukai oleh golongan munafik dan musuh-musuh Islam jua..

    ReplyDelete