AdSense

Thursday, December 11, 2014

Parkir, Kerusi dan Mamak



Aku masih ingat, di awal pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Apa yang dia kata? Selain menyatupadukan rakyat Malaysia di bawah payung gagasan 1Malaysia, beliau cukup menitik beratkan soal peperangan terhadap gejala rasuah.


Kebanyakan ucapan Najib terutamanya di hadapan agensi-agensi kerajaan waima penjawat awam adalah mengenai seriusnya pemerintahan dengan membanteras gejala rasuah yang ternyata mengakibatkan negara menuju kerosakan.

Itu ucapan dan peringatan Najib setiap kali mulutnya mencium 'microphone' di hadapan hadirin. Seluruh negara dan setiap masa Najib menyebut soal memerangi rasuah.

Namun ia hanya bermain-main di peringkat atasan pemerintahan Najib. Mungkin ia hanya berlegar sekitar Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Sedang agensi-agensi kerajaan termasuk pihak penguatkuasaan di bandar-bandar pula masih seronok dengan amalan rasuah.

Ya, rakyat bukannya bodoh. Sekalipun tidak dilihat dengan 2bebola mata, mereka juga mampu melihat daripada persekitaran berdasarkan logik akal pemikiran.

Ketika artikel ini ditulis, aku sedang berada di sebuah restoran terkenal dikalangan masyarakat bawah dan pertengahan, iaitu digelar sebagai kedai mamak.

Sebagai pengundi dan menetap di Kuala Lumpur, kedai mamak adalah lokasi tumpuan termasuk dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi.

Kebiasaan yang dapat kita lihat adalah lokasi sesebuah kedai mamak berada di sudut paling tepi atau corner lot. Wajar sekali kerana pengunjung lebih suka menjamu selera atau 'ngeteh' di kawasan terbuka sambil menikmati pemandangan lalulintas umpama di tepian pantai.

Sukalah aku memberitahu bahawa artikel ini juga ditulis apabila aku melihat satu situasi melibatkan seorang lelaki sebelum melangkah masuk ke kedai mamak meminta pesanan.

Lelaki berusia lewat 40an ini diperhatikan 'mundar-mandir' memandu kereta MPVnya dihadapan kedai mamak untuk mencari parkir. Setelah hampir 10minit, kelihatan beliau sudah 'penat' untuk menghabiskan petrol keretanya. 

Lantas itu lelaki dengan berpakaian TShirt kolar dan seluar jeans ini bertindak keluar daripada perut kenderaannya dan dengan muka 'slumber' beliau mengalihkan sebuah kerusi yang diletakkan di dalam petak parking. Kerusi plastik itu aku yakin dan percaya telah diletakkan oleh pekerja kedai mamak bertujuan untuk menghalang orang ramai seterusnya dapat digantikan dengan meja makan.

Situasi tersebut telah membuka mata dan akalku, bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang sah berhak untuk mendapatkan hak kita. Dan apa hak pemilik restoran untuk meletakkan kerusi mereka di dalam petak parking?

Malah situasi meletakkan kerusi di kawasan tempat letak kereta awam ini juga berlaku di kawasan anda cuma berapa ramai yang berani bertindak seperti lelaki yang diceritakan seperti di atas? Dan untuk pengetahuan semua, lelaki itu hanya bertubuh kecil, jauh berbeza dengan saiz pekerja-pekerja kedai mamak. Namun keberanian beliau untuk mendapatkan haknya cukup aku kagum!

Jadi, apa kaitan lelaki, kerusi dan kedai mamak dengan rasuah?

Adakah ia adil untuk peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga Bumiputra yang juga Islam, dikenakan tindakan sita perkakas apabila berniaga di kaki lima? Alat berniaga mereka dirampas atas alasan mengganggu lalulintas? Manakala kedai mamak tidak berpijak atas jalanraya? Adakah ini diskriminasi yang ditunjukkan secara nyata oleh pihak berkuasa tempatan / bandaran?

Aku juga suka dan selesa untuk lepak di kedai mamak dalam suasana terbuka dan dibahu-bahu jalanraya sekalipun tikus dan lipas melintas di kaki.

Sedia maklum, aktiviti meletakkan kerusi dan meja ini dilakukan sekitar jam 4pm hingga 7pm. Adakah tiadanya tindakan kerana ia memasuki 'zon buta'? Bukan waktu bekerja dan pihak berkuasa tiada kuasa?

Atau aktiviti berniaga di bahu jalanraya adalah tidak salah di sisi undang-undang dan dibenarkan?

Hak untuk letak kenderaan di dalam petak parkir, ancaman penyakit libatkan tikus dan lipas serta keselamatan trafik kepada orang ramai diketepikan?

Najib lakukan tindakan tepat dalam pentadbiran dalam soal memerangi rasuah. Bagaimana pula halnya dengan Ketua-Ketua Agensi Kerajaan termasuk Penguatkuasaan? Masih berhasrat untuk meneruskan sabotaj kepada Perdana Menteri?

*Bukan sahaja mamak, warung / kedai Cina juga melakukan perkara sama!

Sent from my iPhone

6 comments:

  1. Datanglah ke Putra Perdana Puchong, depan pejabt majlis daerah sepang, kedai mamak ishrin boleh bebas berniaga seolah oleh majlis daerah kenyang mentekedarah duit rasuah keling yg mengaku mamak !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak yah pi hat besaq la bro..mamak /india cendoi kt P.J..melambak bawah pokok ganggu laulintas..tu belum lg kt taman permainan contoh di depan LRT tmn bahagia..

      Delete
  2. Skrg ni.. dah ramai org kita mcm abg MPV tu
    Selamba ubah kerusi dan keling mamak takkan ckp apa..
    Insya allah... masa dah berubah
    Aku sendiri pun dah bnyk kali ubah kerusi..

    Jgn takut kt keling mamak... !!


    Cuba sapa2... call imigresen.. putrajaya pun ok
    Tanya ttg pembantu rumah
    Jawapan mcm sial akan diterima
    Suruh kota cr agen
    So betullah... imigresen paling kuat makan rasuah !!!
    Babi punya imegresen..
    Barua.. pelaq.. anak haram.. anjing

    ReplyDelete
  3. Masalahnya dgn cina susah. Kerek gila. Aku pernah bertekak gila dgn ppuan cina pasal parking ni. Diaorg mmg muka tebal takpernah rasa bersalah.

    ReplyDelete
  4. Saya pun pernah terjadi kes mcm ni! Peniaga cina letak meja berlipat betul2 di belakang kereta saya, takut sgt ada org nak amek parking kereta tu sehinggakan menyukarkan saya keluar dari tempat parking.. Apa yang saya buat saya undurkan kereta sehingga terlanggar meja yg letak di belakang kereta saya. Saya tiada pilihan dah bagitahu saya nak keluar tak boleh sebab sempit jadi itu pilihan terbaik buat saya utk ajar dia jgn sesuka hati letak meja tempat parking kereta.. Esok2 dan hari seterusnya tak berani dorang letak meja berdekatan kereta saya.. Puas hati sgt2!

    ReplyDelete
  5. Itu bukan rasuah..tapi peniaga bodo

    ReplyDelete