AdSense

Tuesday, December 2, 2014

#AktaHasutan - Apa yang ditakutkan?



Sudah 3 hari Perhimpunan Agung UMNO kali ke 68 melabuhkan tirainya.

Sepanjang tempoh berlangsungnya perhimpunan keramat orang Melayu ini, macam-macam suara akar umbi dapat kita dengar, baik ketika perbahasan perwakilan mahupun ketika bersembang dibawah bumbung PWTC.

Ekonomi, rumah untuk orang muda, pemerkasaan sekolah kebangsaan, memartabat dan memelihara agama Islam termasuk ancaman pluralisma, liberalisma dan LGBT, serta isu-isu melibatkan soal keharmonian negara merupakan tajuk utama yang keluar daripada suara akar umbi UMNO.

Akan tetapi, apabila aku mengodek-godek laman berita atas talian pro pembangkang, begitu bertimbun artikel berkaitan Akta Hasutan yang dikekalkan sebagaimana ucapan Presiden UMNO pada 27 November lalu. Selain tuduhan-tuduhan dan tohmahan yang mengatakan UMNO kroni dan rasuah. Ya, tajuk yang sering digunakan pemimpin mereka sebelum ini. Mereka tidak berputus asa untuk meyakinkan rakyat dengan tuduhan dan fitnah yang mereka lemparkan... Cekal sungguh mereka ini...

Acapkali kita menolak tuduhan mereka misalnya, Presiden PKR adalah isteri Ketua Pembangkang, Naib Presiden PKR ialah anak kepada Presiden PKR. Begitu juga Penasihat DAP adalah bapa kepada Setiausaha Agung DAP.

Dan aku lagi suka jika UMNO amal kroni, maka tidaklah aku berang untuk membayar tiket tempat letak kereta yang mahal ketika menghadiri perhimpunan UMNO di PWTC selama 5 hari ! Alangkah baiknya, jika aku dapat masuk parkir percuma, kerana aku ahli UMNO ! (kebencian aku pada S/U Kerja Raof masih pada tahap yang sama)

Cukup, aku hanya tertarik dengan hal berkaitan Akta Hasutan. Fikiran aku mula bercelaru, memikirkan kenapa dan apa yang ditakutkan sangat oleh puak-puak ini dengan Akta Hasutan 1948 yang hendak dikekal dan ditambahbaik ini?

Akta Hasutan 1948 : Lidah rasmi pembangkang terus menyerang, hanya kerana Perdana Menteri mahu menjaga keharmonian negara pelbagai kaum???

Apa agenda sebenar mereka ini???



Roket Kini :
Kekal Akta Hasutan, kemenangan pelampau dalam UMNO
http://www.roketkini.com/2014/11/29/kekal-akta-hasutan-kemenangan-pelampau-dalam-umno/

Keadilan Daily :
Kekal Akta Hasutan, Najib terus kongkong kebebasan rakyat bersuara
http://www.keadilandaily.com/kekal-akta-hasutan-najib-terus-kongkong-kebebasan-rakyat-bersuara/

Harakah Daily :
Akta hasutan boleh disalahguna sekat demokrasi
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/32450-akta-hasutan-boleh-disalahguna-sekat-demokrasi

Malaysiakini :
NGO: Beri ruang kritik jika jujur (NGO TU SIAPA? BERSIH? BAR COUNCIL PRO PR?)
http://www.malaysiakini.com/news/282140

Namun sedikit berbeza dengan portal berita pro pembangkang Malaysia Insider. Sekalipun tajuk artikel yang bertujuan mempolitikkan isu negara, tetapi ia menjadikan kita berfikir, Perdana Menteri sanggup berdepan risiko pada Pilihanraya, semata-mata mahu memelihara keharmonian negara!

Akta Hasutan kekal, Umno tidak bimbang risiko hilang 2% undi, kata penganalisis - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akta-hasutan-kekal-umno-tidak-bimbang-risiko-hilang-2-undi-kata-penganalisi#sthash.j2M8kEYI.dpuf

*Perdana Menteri pada 27 November lalu berjanji untuk mengekalkan Akta Hasutan. Dalam masa sama akta tersebut juga akan ditambahbaik. Oleh itu, tidak timbul lagi soal akta lapuk dan sebagainya. Hanya orang yang berniat mencetuskan kekacauan dalam negara sahaja yang takut dan menentang akta ini.

Persoalan sama terus bermain di kepala aku, APA AGENDA SEBENAR PUAK-PUAK YANG BERIYA-IYA HENDAK MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN INI???

No comments:

Post a Comment