Kita ni hidup dalam negara berbilang bangsa dan agama...
Apa-apa isu agama pasti mendapat perhatian semua pihak, apatah lagi sekarang ni media sosial menjadi laman utama rujukan anak-anak muda.
Macam-macam isu baik positif dan negatif.
Macam-macam agenda tersembunyi baik dari dalam mahupun luar yang sejak dulu amat dengki dengan keamanan negara kita.
PAUTAN |
Facebook, Twitter dan sebagainya jika tidak digunakan dengan baik dan tidak mendapat pemantauan daripada pihak berkuasa maka amat mudahlah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan agenda mereka.
Sedar atau tidak, budaya mengapi-apikan masyarakat kita semakin menjadi-jadi dan tidak mustahil ini adalah kerana rakyat kita terikut-ikut dengan 'suntikan' pemimpin-pemipin politik terutamanya pembangkang yang amat suka menyemai perasaan benci dan dendam terhadap orang lain.
Oleh itu pihak berkuasa tempatan tidak kira kementerian dan jabatan perlu memandang serius perkara sebegini, seperti orang-orang dahulu berkata, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
*Jika benar wujud penghinaan terhadap mana-mana agama, hukuman tegas perlu di ambil. Mungkin Ahli Dewan Rakyat baik daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlu mengusulkan Akta Sembelih Sampai Mati bagi kesalahan berkaitan penghinaan agama!
Hmmmm..... Kes pasangan Alvinvavi apa cerita? Ada hukuman? Ada undang-undang yang mampu memberi kesedaran kepada yang lain? Atau rakyat Malaysia semakin 'advance' kerana percaya ada peguam yang mampu membela atas tiket hak asasi manusia dan kebebasan bersuara?
No comments:
Post a Comment