AdSense
Tuesday, October 16, 2012
PANASSS!!! Shabery Cheek cabar Pakatan Rakyat !!!
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas beberapa pemimpin pembangkang yang dilihat cuba untuk mempolitikkan laporan yang dibentangkan oleh Jabatan Audit Negara. Ahmad Shabery menyifatkan, tindakan pemimpin pembangkang itu sebagai cara untuk 'menembak' pihak kerajaan dengan menggunakan laporan audit sebagai asas.
" Pakatan Rakyat perlu akui mereka sebenarnya tidak mampu untuk mentadbir negeri sebaik kerajaan Persekutuan yang ada masa ini.
"Mereka (pembangkang) seharusnya menjawab segala isu yang masih belum diperjelaskan di setiap negeri dibawah pentadbiran mereka (Pakatan Rakyat) seperti isu berhubung Universiti Selangor (UNISEL), keadaan hutang yang semakin bertambah dan lain-lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini hari ini.
Selanjutnya klik disini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment