AdSense
Sunday, October 14, 2012
Khalid Ibrahim tak sabar terima hadiah dari rakyat!
Esok, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan menerima hadiah khas dari rakyat Selangor berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008.
Rakyat yang prihatin, Rushdan Mohamed berkata, dia mahu gambar manifesto itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor.
Rushdan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pangsapuri Putra Perdana, Puchong berkata, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.
“Semasa kempen PRU2008 yang lalu, pengguna domestik di Selangor dijanjikan air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan. Berdasarkan manifesto tersebut, setiap pengguna air domestic di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan, tidak kira sama ada menggunakan meter individu ataupun meter pukal.
Namun sejak kerajaan negeri Selangor yang memulakan skim air percuma pada 1 Jun 2008, mereka tidak menerima subsidi air percuma tersebut dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air kami yang dikeluarkan Syabas,” ujarnya.
Apa yang lebih dikesalkannya, kenyataan media Khalid Ibrahim pada 30 Ogos lalu mendakwa pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma itu.
“Sehubungan dengan itu, kami menuntut pengisytiharan baha Skim Air Percuma yang dijanjikan kerajaan Selangor merangkumi semua pengguna air di negeri ini tanpa menggira sama ada pengguna meter pukal ataupun meter individu. Kami juga memohon perintah injuksi mandatory supaya Syabas mengeluarkan bil air dengan rebet atau potongan yang dijanjikan,” tambahnya lagi.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment