Kenapa rakyat di negeri itu berasa kecewa?
Apakah perumpaan 'Habis Madu Sepah Dibuang' boleh kita samakan dengan situasi hari ini?
Dimana suatu ketika dahulu semasa tempoh berkempen pilihanraya tahun 2008, mereka taburkan pelbagai janji?
Janji yang tidak ditepati itu menjadikan punca kecewa rakyat?
Malah yang lebih mengecewakan, permasalah rakyat tidak mampu diselesaikan!
Oleh yang demikian, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa rakyat Selangor untuk tukar kerajaan negeri itu yang jelas tidak mampu tadbir negeri dengan baik.
“Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.
“Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN,” katanya selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.
No comments:
Post a Comment