Ramai yang menantikan belanjawan yang bakal diumumkan Perdana Menteri pada esok.
Pelbagai peringkat masyarakat sudah pasti mengharapkan bajet 2013 adalah sesuatu yang mendahulukan rakyat sebagaimana bajet-bajet negara pada tahun-tahun lepas.
Dan yang pastinya, ia lebih baik dari sebelumnya.
Bagi penggiat seni tanahair, rata-rata daripadanya percaya DS Najib akan beri yang terbaik untuk rakyat malah sudah pasti berupaya menggembirakan seluruhnya.
Bagi boss KRU Production, Norman, beliau mengharapkan pelaburan dalam bidang seni serta pimjaman dengan mudah dengan kadar lebih rendah mampu memberi sesuatu yang positif dalam bidang itu.
Selain mengharapkan peruntukan RM200 juta dapat ditambah kepada RM500.
Bagi penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza pula, beliau berhasrat kerajaan dapat tubuh akademi untuk bakat anak muda.
Walauapapun, DS Najib selaku Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional sudah pasti akan sentiasa memastikan rakyat sentiasa mendapat yang terbaik sepertimana tahun-tahun lepas.
Sama-samalah kita nantikan pembentangan bajet 2013 yang akan dibentangkan Perdana Menteri DS Najib pada hari esok 28September 2012.
No comments:
Post a Comment