"Saya tak pasti dari mana dakwaan 'acara hotel' itu datang," katanya dalam hantaran di media sosial malam tadi.
Tapi saya tunjuk bukti.
Beginilah rupa bila “strategi luar negara Madani” lebih sibuk jaga hati Putin daripada bela 43 rakyat Malaysia yang terkorban termasuk 15 orang kru Malaysia Airlines dan seorang ahli keluarga kepada Najib dan Hishammuddin sendiri.
Setiausaha politik Anwar, Kamil Abdul Munim, cuba berputar-putar dengan berkata keputusan ICAO terhadap Rusia jangan dipolitikkan dan kononnya dikeluarkan dengan niat jahat kerana “timing”nya kebetulan sehari sebelum lawatan rasmi Anwar ke Rusia.
Serius?
Musim pemilihan parti PKR (parti kerajaan) kali ini dilihat cukup dahsyat setelah anak Presidennya, merangkap Perdana Menteri, iaitu Nurul Izzah secara rasmi umum bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden.
Izzah yang terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi ini mencabar penyandang, Rafizi Ramli.
Rafizi kata beliau akan letak jawatan Menteri Ekonomi kalau kalah dalam pertandingan ini.
Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), agensi khusus di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dianggotai 193 negara, telah pun membuat keputusan bahawa negara Rusia bertanggungjawab atas tragedi MH17.
Pesawat milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh di udara Ukraine, mengorbankan 298 nyawa, termasuk 43 rakyat Malaysia termasuk ibu tiri kepada dua bekas Perdana Menteri kita dan kesemua 15 kru yang semuanya warga kita.
Australia dan Belanda, tanpa berlengah, terus mengeluarkan kenyataan rasmi mendesak ICAO supaya rundingan pampasan dengan Rusia dimulakan segera.
Mereka tahu ini bukan soal politik tetapi ini soal prinsip dan keadilan untuk warga negara mereka yang terbunuh.
Tapi Malaysia?
Negara asal pesawat, mangsa pun rakyat kita, tapi masih terkial-kial dengan kenyataan:
“Kami akan keluarkan kenyataan… nanti.”
Bayangkan.
Majlis Penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memutuskan Rusia bertanggungjawab atas insiden tembakan jatuh sebuah pesawat penerbangan Malaysia di ruang udara Ukraine pada 2014 yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, menurut kenyataan kerajaan Belanda.