AdSense

Thursday, June 6, 2024

Projek TANPA tender terbuka untuk suami menteri DAP : MCA pergi SPRM

Pemuda MCA menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung isu syarikat Asia Mobility Technologies (AMT) milik suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh iaitu Ramachandran Muniandy yang mendapat projek Transit Berasaskan Permintaan (DRT) bagi Lembah Klang daripada kerajaan negeri Selangor.

Antara perkara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah meminta agar SPRM menyiasat secara terbuka dan telus, serta mengumumkan proses dan hasil siasatan penganugerahan kontrak tersebut.


Selain itu, Pemuda MCA turut meminta agar SPRM mengkaji dengan teliti standard, peraturan, dan prosedur tender terbuka, serta sama ada pemberian kontrak secara langsung adalah sah dari segi undang-undang selain mengkaji penggubalan undang-undang bagi mengikat ahli keluarga terdekat pegawai kanan kerajaan daripada mendapatkan kontrak kerajaan.

Memorandum Pemuda MCA itu telah diserahkan kepada Ketua Cawangan Keurusetiaan SPRM, Zulhairi Zainal Abidin di depan Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya pada Khamis. 

Pemuda MCA yang diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Saw Yee Fung berkata, penyiasatan dan penjelasan terperinci terhadap isu yang dibangkitkan ini akan dapat meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam pembuatan dasar kerajaan, selain dapat meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda MCA, Wong Miewkee dan Ketua Pemuda MCA Melaka, Tee Tian Leng. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung isu penganugerahan kontrak kepada suami Hannah dan siasatan perlu dijalankan dengan telus sekiranya terdapat sebarang laporan berhubung kontrak itu.

Sumber:

No comments:

Post a Comment