AdSense

Thursday, December 21, 2023

RAFIZI RAMLI KEBAL?


 


Ada benarnya.


1. Kes OSA:

Rafizi sudah didapati bersalah di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dan dihukum penjara 18 bulan.


Tetapi bila masuk ke Mahkamah Rayuan (iaitu peluang terakhir Rafizi), hukuman ditukar kepada bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran RM10,000 tanpa sebarang bantahan dari pihak pendakwa raya bawah kerajaan PH1.0.


Biarpun hukuman ditukar tetapi dia tetap bersalah dan tetap ada rekod sebagai penjenayah.


2. Kes fitnah Tabung Haji.


Rafizi telah diarahkan untuk bela diri selepas Mahkamah Majistret mendapati ada kes prima facie terhadapnya selepas berbulan-bulan perbicaraan berlangsung.


Tetapi hari pertama dia sepatutnya bela diri, pihak pendakwa raya (bawah kerajaan PH1.0) memberitahu mahkamah bahawa mereka mahu gugurkan kes terhadap Rafizi maka mahkamah pula lepas dan bebaskan dia.


SUMBER

No comments:

Post a Comment