AdSense

Wednesday, August 16, 2023

DESAK ZAHID LETAK JAWATAN? INI KEMUNGKINAN 3 AKIBAT YANG BUAT RAMAI TAKUT

 



12 Ogos baru-baru pengundi di Selangor, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang telah beri isyarat jelas kepada parti-parti politik di Malaysia. Paling ketara, mesej kepada UMNO.


Maka itu semakin ramai yang mendesak Zahid Hamidi lepas jawatan sebagai Presiden UMNO kerana disifatkan gagal mengurus parti dengan baik, serta ia juga menjadi tuntutan rakyat dan akar umbi UMNO di bawah.


Namun, Zahid kelihatan tidak berganjak walau seinci. Beliau masih duduk atas kerusi empuk, atas kerusi nombor 1 dalam parti keramat orang Melayu, UMNO. Tambah lagi Zahid yang hanya menang kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU15 dengan majoriti undi tipis 348 itu kini selesa di sisi Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri. 


Ya, menurut audio tular, Anwar adalah 'cikgu' Zahid.


Suatu ketika dahulu Najib Razak pernah melepaskan jawatan apabila UMNO BN kalah PRU14 tahun 2018. Najib pemimpin hebat, berjiwa besar, tidak seperti Zahid yang dilihat pentingkan diri sendiri. 


Ada yang menganggap ini mungkin kerana Zahid kini berdepan dengan 47 kes di mahkamah. Lagipun, bukan senang bagi Zahid menduduki puncak kuasa seperti hari ini. Berapa ramai yang kena cantas dan pijak? Korang kiralah sendiri. 


Sejak jawatan Presiden UMNO tidak dipertandingkan, sekaligus memberi kemenangan mudah kepada Zahid sebagai Presiden, maka semakin ramai yang mendesak Zahid letak jawatan. Baik pemimpin tertinggi UMNO, hinggalah ahli akar umbi UMNO.





Namun, masih ada yang kekal sokong Zahid atau diam seribu bahasa.


Ramai yang menganggap mereka ini takut berdepan akibat jika lantang mengkritik Zahid. Antara kemungkinan akibatnya ialah;


1. Dipecat daripada UMNO. Jawatan dan projek (jika ada) akan dilucut / digugurkan.


2. Dilabel broker PN.


3. Kedua-dua di atas.


Ada juga yang merasakan bahawa Zahid tidak perlu lepas jawatan. Bagi kumpulan ini, mereka berfikiran, "biarlah Zahid kekal sebagai Presiden UMNO, demi kehancuran UMNO."


Suaralensa

16 Ogos 2023

1 comment:

  1. Ye. Kesian Umno, orang benci umno sebab pemimpinnya

    ReplyDelete