AdSense

Thursday, May 25, 2023

VIRAL Prof Ustaz Danial sokong Anwar. Patutlah... Rupa-rupanya...



Prof Danial kata dia tak perlu tengok filem Anwar The Untold Story. Katanya dia sendiri dah tahu kisah dan perjalanan hidup insan bergelar Anwar Ibrahim yang kini Perdana Menteri Malaysia.


Sebenarnya Ustaz Danial ni yang menyokong Anwar bukanlah perkara baru.

Video kat sini


Kita tak boleh nafikan dan sekat mana-mana individu untuk menyokong atau menyukai mana-mana pihak. Begitu juga dengan UAI yang dilihat condong kepada PAS dan seorang lagi figura UKE yang condong BN.


Sepatutnya kita raikan perbezaan. Biarlah Ustaz Danial nak sokong Anwar mahupun PH. Cuma apa yang boleh kita persoalkan, adakah pilihan Ustaz Danial ini benar-benar yang terbaik?


Sebab, jika dilihat ucapan beliau, beliau amat amat amat mengharapkan PM yang mentadbir negara ini dapat membersihkan Malaysia daripada najis-najis rasuah.


Apakah hari ini, najis rasuah dibersihkan? 


Jika PM ada kes rasuah di mahkamah, adakah beliau akan direhat atau cuti sementara bagi membolehkan perjalanan kes beliau berjalan dengan adil, lancar serta tidak dipengaruhi oleh apa-apa kuasa? 


Atau adakah 'kes gugur' akan berlaku sekali lagi sekaligus mewujudkan 'hari terkejut bahagian 2'?


(Fakta dan sejarah : Pada tahun 2018, hanya beberapa bulan PH menang dan jadi kerajaan, terdapat satu kes rasuah membabitkan seorang menteri digugurkan. Menurut pentaksub dan penjilat dapiq, ia terbukti menteri berkenaan tak bersalah. Tapi faktor masa yang begitu pantas (digugurkan) menimbulkan persoalan awam yang terus menjadi perdebatan).


Netizen juga tertanya-tanya, adakah keberanian yang dipamerkan mantan PM, Najib Razak yang melepaskan semua jawatan bagi membolehkan diri beliau berdepan kes yang dihadapi akan dicontohi politikus yang ada hari ini? 


Adakah tindakan berjiwa besar Najib Razak yang tidak mahu parti diwakilinya terpalit sama dengan kes yang dihadapi akan menjadi panduan kepada politikus yang ada hari ini?


Tak perlu jawap soalan-soalan ini, kerana masa yang akan menjawabnya... Kau rakyat marhaen, teruskan bekerja membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi.

No comments:

Post a Comment