AdSense

Friday, February 3, 2023

OPR semakin melambung naik : Mana hilang bijak pandai raja formula Rafizi dan sekutu?


Memandangkan Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sepertimana yang dilaporkan media, sudah tentu ia membangkitkan kebimbangan bahawa akan berlakunya peningkatan bayaran bulanan yang secara langsung menambahkan beban kewangan rakyat jelata, khususnya para peminjam bank.


Ini ditambah lagi dengan ketidaktentuan pasaran dan ekonomi pada masa ini yang membawa kepada kenaikan harga barang keperluan dan juga kejatuhan nilai mata wang Ringgit yang menjadi kebimbangan di kalangan orang ramai. 


Apatah lagi apabila tular satu video di mana Menteri Ekonomi YB Rafizi Ramli dilihat seolah-olah lepas tangan apabila ditanya mengenai kesahihan kenaikan OPR dan beberapa kali meminta para wartawan untuk merujuk soalan tersebut kepada pihak bank. 


Kata Rafizi, ia adalah kuasa BNM untuk menentukan OPR dan beliau enggan memberi gambaran bahawa adanya campur tangan ahli politik di dalam sektor ekonomi. Walaupun adanya kebenaran di sebalik kata-kata beliau, namun ia langsung tidak membantu memberi keyakinan kepada rakyat yang sudah terlampau terbeban dengan kos sara hidup yang kian meningkat. 


VIDEO KAT SINI


Justeru itu, kerajaan hari ini, khususnya Kementerian Ekonomi di bawah YB Rafizi Ramli digesa merangka dan mengumumkan formula yang terbaik untuk menangani masalah inflasi dan kenaikan kos sara hidup dengan segera. Ini bukan sahaja akan meringankan beban rakyat, tetapi ia juga mampu melegakan perasaan rakyat dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi ini. 


Inilah masanya untuk Rafizi mengotakan janji beliau untuk mengurangkan beban kewangan rakyat, dan membuktikan kepada pengundi yang telah memberi mandat kepadanya bahawa beliau mampu dan boleh menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.


#SuaraOrangRamai

#MencariRajaFormulaYangHilang

Sumber

No comments:

Post a Comment