AdSense

Monday, January 30, 2023

Lantik anak sendiri jadi penasihat : Haram kepada semua parti politik kecuali Pakatan Harapan

 


Masa jadi pembangkang, apa saja kata-kata cacian dan penghinaan serta fitnah tidak dihamburkan kepada pemimpin Barisan Nasional?


Kini pabila dia sendiri berada di puncak kuasa, apa yang dihamburkan dulu akhirnya terpalit ke muka sendiri. Ludah ke langit kena batang hidung sendiri.


Di peringkat awal PH dan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, ramai yang gembira dan teruja. SL juga teruja melihat Anwar akhirnya berjaya jadi PM setelah berpuluh tahun menanti.


Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.


Anwar dan PH yang berjanji untuk mengasingkan kuasa PM dan Kementerian Kewangan akhirnya menjilat ludah sendiri pabila beliau yang berkuasa sebagai PM melantik diri sendiri sebagai Menteri Kewangan.


Tidak cukup dengan itu, anaknya Nurul Izah dilantik pula jadi penasihat kewangan dan ekonomi kepada bapanya.


Anwar pertahan lantikan Nurul Izzah


Budaya nepotisme ini sangat buruk dan malang bagi Malaysia apabila ia menjadi kebanggaan pemimpin PH yang selama ini dilihat bersih, anti rasuah dan anti salah guna kuasa.


Siapa yang berani tegur kebobrokan ini? Adakah UMNO pro Zahid berani tegur? Kononnya UMNO pro Zahid sebagai King Maker dalam kerajaan hari ini? Atau UMNO pro Zahid yang ajar Anwar menyuburkan amalan nepotisme?


Anda mungkin meminati artikel ini:

Anak Zahid dilantik jadi Naib Pengerusi MQ Tech


CAKAP PANDAI

Bersihkan Negara Daripada Rasuah, Salah Guna Kuasa – PM Anwar


Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu bebas daripada perbuatan tamak kelompok elit kecil yang menggunakan kuasa untuk kekayaan diri dan kroni.


Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan diperlukan untuk stabilkan ekonomi - Nik Nazmi


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, mempertahankan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menggalas portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Nik Nazmi berkata pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah berdepan krisis ekonomi pada tahun 1990-an diperlukan bagi menangani kemelut ekonomi yang berlaku ketika ini.


Kalau dah hebat sangat, kenapa lantik ramai penasihat termasuk anak sendiri?


HAPTUIH


No comments:

Post a Comment