AdSense

Friday, April 1, 2022

Rafizi come back, raykat ready dikencing


Rafizi Ramli, nama yang tidak asing lagi bagi ramai rakyat Malaysia, khususnya peminat dunia politik.

Semasa PRU14 tahun 2018 dan tahun-tahun sebelumnya, Rafizi antara pemimpin yang terkenal dan kerap muncul di dada-dada akhbar serta portal-portal berita.
Beliau terkenal kerana banyak memperkenalkan formula-formula untuk 'memulihkan' Malaysia akibat 'kleptokrat' / 'mahazalim' / 'mahafiraun'.

Selepas PRU14, partinya Pakatan Harapan berjaya menjadi Kerajaan, namun nama Rafizi semakin tenggelam. 

Sehingga dia secara rasminya mengundurkan diri dalam politik pada 15 November 2019.

Kenapa Rafizi berundur, sedangkan beliaulah yang hero yang banyak memperkenalkan pelbagai formula sehingga rakyat mengundi PH pada PRU14.

Antara formula dan idea Rafizi adalah :

TURUNKAN HARGA MINYAK
"Cara saya kira harga minyak berbeza dengan BN" - Rafizi


Rafizi minta kerajaan guna formula mingguan semak harga minyak

"Sebab formula saya mereka kekal bayar RON95 RM2.05" – Rafizi

PENDIDIKAN PERCUMA DAN HAPUSKAN PTPTN

Bila nak guna formula pendidikan percuma Rafizi Ramli?

Dasar Pendidikan Percuma Sedia Elaun Sara Hidup - Rafizi.

RM6 bilion untuk beri pendidikan percuma
(copy paste tajuk ini di blog - dialog rakyat)

Kita mampu hapuskan PTPTN

TURUNKAN HARGA KERETA

Turunkan Harga Kereta: Pendekatan Kerajaan Rugikan Beberapa Pihak - Rafizi

MANSUHKAN TOL

Tol: PSKLM pertikai cadangan Rafizi

Kerajaan ada kuasa untuk tidak naikkan harga tol

Namun segala formula ini tidak digunakan PH semasa mereka berkuasa. Kenapa?

Adakah ini membuktikan bahawa peranan Rafizi dalam dunia politik hanyalah untuk mempersembahkan formula songsang, formula yang indah khabar dari rupa dan formula palsu semata-mata untuk meraih undi?

Dan sekarang, PH kembali bergelar pembangkang setelah berlaku pergaduhan sesama mereka kerana berebut jawatan. PM mereka sendiri, Mahathir yang letak jawatan sehingga kerajaan PH tumbang dengan sendirinya.

Apabila PH kembali menjadi pembangkang, secara kebetulan pula Rafizi buat come back.

Adakah ini bermaksud bahawa kemunculan semula Rafizi ini adalah bertujuan mengeluarkan formula-formula songsang seperti PRU14 dulu?

Memandangkan PRU15 tidak lama lagi, maka khidmat Rafizi diperlukan PH supaya rakyat terpengaruh dan terpedaya dengan formula songsang, formula indah khabar dari rupa dan formula palsu PH?

Sebagaimana yang viral sebelum ini, Rafizi secara terbuka pernah kata "tugas kita adalah menghasut".

Jadi kini Rafizi kembali bertugas untuk menghasut rakyat dengan fitnah dan penipuan?

Andai kata PH menang PRU15, maka Rafizi pun akan kembali masuk gua, 'cuci tangan' dan mungkin seronok menikmati habuan hasil formula songsang tanpa perlu terikat dengan komitmen melunaskan atau merealisasikan formula songsang tersebut?

Apa-apa pun, selamat 'bertugas' Rafizi. Raykat sedang menunggu untuk dikencing oleh anda dan PH.

No comments:

Post a Comment