AdSense

Monday, March 28, 2022

RAFIZI RAJA FORMULA SONGSANG, FORMULA MENIPU RAKYAT UNTUK DAPATKAN UNDI


Rafizi Ramli baru sahaja menganjurkan kempen Ayuh Malaysia yang menurutnya bertujuan menarik sokongan pengundi atas pagar menjelang PRU15 kelak. Kempen ini dilancarkan rentetan kekalahan besar PKR dalam PRN Johor dua minggu lepas yang menyaksikan PKR memenangi hanya 1 kerusi. 
Luarannya, program Rafizi ini tampak elok belaka. Beliau mengupas isu perumahan rakyat, pertanian, pendidikan, keselamatan makanan, tenaga boleh baharui dan pendidikan vokasional.

Seperti biasa, modus operandi yang digunakan Rafizi berbau enak dan cukup sedap didengar. Katanya, program Ayuh Mengundi dibuat untuk "mempengaruhi diskusi agar lebih berfokus, mencari penyelesaian melalui percambahan idea, menjuarai platform dasar lebih berfokus". Dan macam-macamlah lagi. 

Namun, hakikatnya, Rafizi masih tidak berubah dari dulu. Trademark beliau masih sama. Menyelit fitnah dan dusta, mengeluarkan formula-formula hasil khayalannya. Menebar jala yang diulit janji manis dan kata nista, menghamburkan tuduhan dengan niat membawa kepada porak-peranda. Mengeluarkan kata-kata jahat untuk mencelakakan orang lain. Itulah dia. 

Rafizi mengeluarkan tuduhan bahawa Najib dilihat popular kerana sekelompok pengikut Najib yang dibayar tinggi oleh Najib. Kata Rafizi, Najib membayar orang untuk menunggunya dan menyorakkan kehadirannya ketika di majlis keramaian, membayar orang untuk beratur berbondong-bondong meraikan ketibaannya, membayar pasukannya yang ramai untuk memberikan komen di media sosialnya. Seramai 4.6 juta pengikut Najib di akaun Facebooknya, semua dibayar Najib, dakwa Rafizi. 

Khabarnya, Rafizi kembali semula setelah menghilangkan diri sekian lama kerana mahu merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti Mei nanti. 

Hakikatnya, kepimpinan adalah suatu keupayaan mempengaruhi, mengubah sikap dan tingkah laku orang lain supaya bersetuju melakukan perubahan ke arah suatu pencapaian berdasarkan ilmu, kebenaran dan integriti. Tidak boleh memimpin hanya menggunakan retorik. Bahaya memimpin dengan melemparkan fitnah dan mengulit angan-angan tanpa asas fakta. 

Sudahlah politik Malaysia dianggap kotor, sifat pemimpin yang berbohong dan suka menabur fitnah akan menyebabkan situasi politik Malaysia semakin tercalar.

Rafizi tak sudah-sudah mencungkil kelemahan dan menggali kejahatan orang, lalu mengadun semua fitnah tersebut untuk dimasukkan kepada senarai FORMULA. Rafizi Raja Formula, tetapi semuanya indah khabar dari rupa. 

Rafizi sudah lama lenyap dari dunia politik. Dalam situasi VUCA: volatile (tidak stabil), uncertainty (tidak pasti), complexity (kompleks) dan ambiguity (tidak jelas), akan terserlah sifat pemimpin sebenar. Apa formula Rafizi hendak menjelaskan hilangnya beliau dari politik tatkala berdepan dengan formula VUCA?

Sumber :

No comments:

Post a Comment