Sebelum tu, SL nak imbas kembali apa yang berlaku antara Wee Ka Siong dan Lim Guan Eng. (mana yang dah tahu boleh terus ke perenggan akhir).
Isunya kerana dasar kabotaj. Kabotaj tu apa? Haa ni SL nak terangkan.
Masa zaman PH dulu, zaman gelap Malaysia, (Anthony Loke dari DAP) telah memperkenalkan PENGECUALIAN DASAR KABOTAJ KEPADA KAPAL ASING YANG INGIN BUAT KERJA PEMBAIKAN KABEL DASAR LAUT DI MALAYSIA.
Makna kata, kapal-kapal asing dari luar negara boleh suka hati mak apak dia aje masuk perairan kita dan buat kerja pembaikan.
Berbeza dengan zaman BN apabila Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjadi Menteri Pengangkutan menggantikan Loke dari DAP.
Bila Ka Siong jadi menteri, dia BATALKAN pengecualian tersebut.
Jadi, mana-mana kapal asing yang nak masuk buat kerja pembaikan kabel dasar laut kena park luar dulu. Kena utamakan kapal tempatan (termasuk kru atau pekerja warga tempatan). Kalau kapal tempatan time tu sibuk kerja luar atau tak boleh buat kerja pembaikan, maka barulah kapal asing dibenarkan. Kena mohon dulu, bagi salam dulu sebelum masuk rumah orang.
Kapal asing boleh je nak buat kerja kat sini, tapi kita utamakan kapal tempatan dulu. Dalam masa sama kita dapat jaga kedaulatan negara. Eh negara-negara lain pun ada Dasar Kabotaj macam kita der... Lagipun dasar ni bukan benda baru kat Malaysia, dah berpuluh tahun lalu dah diperkenalkan.
Tapi bila sampai puak DAP berkuasa je huru hara jadinya. Sama macam GST jugak, dah elok kerajaan dapat hasil cukai dari orang kaya, depa mansuhkan. Sekarang orang kaya seronok sebab SST sistem cukai tak telus dan lapuk. Orang kaya tak kena cukai tinggi.
(Dulu puak PHDAP kata mansuh GST, harga barang turun. SL tengok itu semua janji haprak PHDAP. Rupanya GST diganti dengan SST. Dah tu, harga barang tak turun pun, lagi naik ada laaa)
Dan DAP juga guna isu ni untuk main propaganda, kononnya Malaysia rugi sebab projek Apricot tak lalu perairan Malaysia.
WKS dah jawab dah pun tapi biasalah, puak dapik mana mau terima. Mereka hanya terima jawapan yang mereka nak aje.
Projek Apricot ni adalah pemasangan kabel dasar laut. Manakala Dasar Kabotaj adalah pembaikan kabel dasar laut.
Projek Apricot ni juga meliputi Malaysia. Bukannya tak 'touch' langsung. Ada kabel dasar laut dari projek ni yang menghubungkan Malaysia.
Sebenarnya projek Apricot ni projek Barat. Korang taulah Barat dengan China tak ngam. Sebab tu depa lencongkan Projek Apricot daripada melalui Laut China Selatan. Depa takut ada pintasan dari China. Ini perang dagang Barat-China der...
Balik pada debat WKS-LGE.
LGE DAP tak puas hati bila WKS kata Dasar Kabotaj bertujuan memelihara kedaulatan negara dan mahu mengutamakan kapal tempatan BUKAN kapal asing.
So WKS pun cabarlah LGE debat.
WKS kata debat lepas Belanjawan 2022 dibentangkan. Tapi LGE main propaganda. Dia sendiri umum tarikh debat 23 Oktober 2021. Sedangkan time ni semua kementerian tengah sibuk pasal Belanjawan 2022 yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada 29 Oktober.
TV3 telah syorkan debat pada 2 November 2021. WKS cepat beri keputusan, kata OK. Tapi LGE tak angkat telefon pulak dah. Jenuhlah TV3 call tak angkat-angkat.
Tiba tiba muncul Teo Nie Ching. Dia kata LGE dah lantik dia jadi ejen pengantara. So apa-apa hal contact dia, jangan contact LGE. Wah poyo gila bekas menteri kewangan salah titik perpuluhan kes rasuah banglo gugur tu.
WKS pun jawab posting Nie Ching. Kata WKS, dah tahu kau dilantik jadi ejen pada 15 Oktober 2021, kenapa tak call TV3? LGE dah kasi job tu, buatlah. Apa punya pemimpin tak ada nombor telefon media? Sekarang zaman canggih, mesengger je kat FB TV3 apa susah.
Lepas terduduk kena tibai dengan WKS, Nie Ching hari ni timbul tersengih-sengih macam kerang busuk. Tiba-tiba dia kata debat buat kat Astro. Bukannya TV3. Alasan dia sebab nak buat debat secara langsung dan dalam talian.
Tak logik langsung TV3 tak boleh buka sedikit ruang untuk buat live. Eksklusif woo dapat buat live debat WKS-LGE.
Tapi betul ke TV3 tak boleh buat live? Sebab kalau dengar cakap Nie Ching je tak boleh pakai juga. Semua orang tahu otak pemimpin DAP ini otak bergeliga, otak penipu!
Kenapa beriya benor DAP nak buat debat di Astro pulak? Kalau hujan macam mana?
Haaa... ini sebenarnya strategi DAP. Tapi SL dah bongkarkan ni...
Korang perhatikan, siapa je yang ada Astro kat rumah? Kat kampung ramai yang tak ada Astro.
Kalau TV3, liputan dia lebih meluas. Orang yang ada Astro dapat tengok, orang yang tak ada Astro pun dapat tengok.
Lagipun, penonton TV3 ni boleh kata 100% penonton Melayu. Debat pun dalam Bahasa Kebangsaan.
So, SL merasakan, tindakan DAP ubah dari TV3 kepada Astro adalah kerana strategi mereka semata-mata. Target mereka bukan orang Melayu. Mereka takut hilang sokongan orang Melayu bila melihat LGE kena tibai masa debat tu nanti.
--
Memang sial dap ni. Kuat membohong.
ReplyDelete