AdSense

Monday, October 25, 2021

Kerah 2 MP DAP jadi ejen, tukar TV3 kepada Astro : Wee Ka Siong buat Lim Guan Eng menangis


 Helo Lim Guan Eng,

Melenting lagi? Macam kera kena belacan!

Bila kera kena belacan

Dengar sini baik-baik !

1. Memorandum Jemaah Menteri (MJM) mengenai Dasar Kabotaj telah dibentangkan pada 8 Oktober 2021 dan sekali lagi dibincangkan pada 13 Oktober 2021 sebelum minit tersebut disahkan oleh Kabinet pada 13 Oktober 2021. Maka, keputusan Kerajaan telah dimuktamadkan dan saya ditugaskan sebagai jurucakap bagi pihak Kerajaan.

2. Sejurus tamat mesyuarat Kabinet pada 13 Oktober 2021, saya telah bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur untuk berlepas ke London bagi mengadakan lawatan kerja rasmi (sila baca hantaran FB saya sebelum ini). Program lawatan ini dirancang dan diatur lebih awal lagi sebelum cadangan debat diadakan.

3. Memang benar saya kini menjalani kuarantin di rumah setelah sekembali dari London sejak beberapa hari lalu. Bersabarlah sedikit untuk saya selesai menjalani kuarantin tak lama lagi.

4. Setakat ini saya menerima hanya SATU jemputan dari Stesen TV yang menawarkan diri untuk menjadi hos debat iaitu TV3. Saya telah pun menjawab surat jemputan TV3 yang dihantar kepada saya dan juga YB Lim Guan Eng semalam untuk berdebat. Saya ok saja! Saya cuma menggunakan masa 1 minit untuk menjawab jemputan TV3. Guan Eng bila lagi?


5. YB Lim Guan Eng kerah 2 orang Ahli Parlimen (bekas Timbalan Menteri) untuk jadi wakil atau ejennya, hanya untuk menjawab / return call TV3 bagi mengesahkan kehadiran sesi debat isu kabotaj pada 2 November 2021. 2 Ahli Parlimen dikerah hanya untuk membalas SETUJU ATAU TIDAK saja pada TV3. Patutlah DAP dilabel Dinasti Lim dan Guan Eng digelar ‘Tokong’.

6. Saya ingin mendedahkan bahawa pihak TV3, iaitu penerbitnya, Josephine Dass telahpun menghubungi Setiausaha Akhbar saya pada 30 September untuk menawarkan diri sebagai hos debat. Pada hari dan masa yang sama, TV3 juga telah menghubungi Guan Eng untuk mendapatkan pengesahan kehadiran.

7. Malah, Lim Guan Eng sendiri yang bersetuju dengan menggunakan perkataan ‘bila-bila’ masa. Jadi sepatutnya tiada isu apabila TV3 mencadangkan 2 November 2021. Saya juga terus kata OK semasa dihubungi penerbit TV3. Beranikah Guan Eng menafikan perkara ini? Atau mungkir janji memang sudah sebati dengan Guan Eng?

8. Saya hanya membiarkan pihak TV3 yang lebih arif dan berpengalaman menguruskan sesi debat ini.

9. Jika Guan Eng berpegang pada janji, dan hormat TV3 selaku stesen tv terawal serta terbaik untuk anjurkan debat ini, cakap saja SETUJU dan tak perlu merumitkan lagi keadaan sehingga terpaksa mengheret Astro Awani untuk dijadikan alasan Guan Eng.

10. Saya nasihat Guan Eng supaya jawab call TV3
https://www.facebook.com/100044596892069/posts/418301752999718/?d=n

11. Kalau anak jantan, Guan Eng tak perlulah terlalu mengarah sehingga terpaksa melantik 2 Ahli Parlimen sebagai ejen. Saya sendiri berhubung dengan penerbit TV3 tanpa sekatan protokol atau layanan ‘kayangan’.

12. Tak perlulah Guan Eng berdolak-dalih lagi. Sudahlah sebelum ini secara sebelah pihak umumkan tarikh debat 23 Oktober 2021, kemudian secara sebelah pihak juga tukar dari TV3 kepada Astro Awani. Sedari awal saya konsisten dan diharapkan Guan Eng juga konsisten serta tidak membuat pusingan O - berpusing-pusing membazir masa.

13. Kesimpulannya, TV3 terlebih dahulu tawar diri untuk menjadi hos. TV3 telah hubungi kedua-dua pihak. Beritahulah kepada pihak pengurusan atau penerbit TV3 tentang format debat dan siaran langsung yang dikehendaki oleh Guan Eng? Saya tak lari dan tetap pegang pada janji.

14. Nasihat saya kepada Guan Eng, bertenanglah dan berbahas secara beradab pada 2 November dan jangan keluar tajuk. Tumpukan kepada dasar kabotaj saja dan tanyalah soalan sampai puas hati. Nanti saya akan jawab dengan fakta BUKAN auta.

Saya tunggu di TV3? Jangan lari ya!

#BeraniKeranaBenar
#SayaTakGentarDebat
#JanjiDitepati

English:
https://www.facebook.com/wksbmenglish/posts/420452812784612


No comments:

Post a Comment