AdSense

Sunday, August 15, 2021

Pakatan Harapan 2.0 kembali ke Putrajaya

Saat ada segelintir yang sedang meraikan laporan berita 'Muhyiddin letak jawatan Isnin' dan sebelum itu, 'Pembangkang tolak tawaran Muhyiddin', mungkin ada gerakan tertentu yang ramai tak tahu.

Muhyiddin mungkin nampak lembik dari segi luaran, tapi jangan pandang rendah pada cara fikir dan cara politiknya. Tulisan ini bukan untuk mengagungkan Muhyiddin tetapi untuk renungan bersama. Mohon baca sampai habis.


1.Yang tekan 'button war' ini UMNO. 


2.Dalam sidang media 13 Ogos 2021, Muhyiddin secara terang menyebut 'klepatokrat', dan semua tahu kepada siapa ia dituju.


3.Apa yang ditawarkan oleh Muhyiddin dilihat tidak dibincangkan secara terperinci bersama jemaah menteri daripada BN dan PAS sebelum diumumkan.


4.Jelas di sini Muhyiddin mahu balas balik 'war' yang dicetuskan oleh UMNO. Mana mungkin Muhyiddin yang berada di nombor 1 akan melepaskan kedudukannya dengan mudah. Bayangkan anda di tempat dia.


5.Apakah anda yakin DAP, PKR, Pejuang dan Warisan benar-benar menolak tawaran Muhyiddin? 


6.'No Anwar No DAP' hanya bagi BN dan PAS, tidak bagi Muhyiddin. Lagipun Muhyiddin berasal dari PH dan politik ini adalah berasaskan kepada nombor.


7.Andai DAP, PKR, Pejuang, Warisan terima tawaran Muhyiddin, maka BN dan PAS pasti tak setuju. Tapi apa mereka boleh buat dengan jumlah Ahli Parlimen yang semakin berkurang? 


8.Andai BN dan PAS kekal berprinsip 'No Anwar No DAP', maka mereka akan keluar sekaligus memberi laluan kepada DAP, PKR, Pejuang dan Warisan untuk kembali bersama Muhyiddin.


9.Dalam tempoh ini, macam-macam kemungkinan.


10.Bersediakah Malaysia jika kemungkinan itu ialah Pakatan Harapan versi 2.0 kembali ke Putrajaya?

--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment