AdSense

Friday, November 20, 2020

Tolak Bajet2021 pengkhianat : Hansard dedah ucapan DS Shahidan


PH TERDESAK, CUBA PECAHKAN BN

Semalam, ada portal berita menyiarkan kenyataan tidak tepat berkaitan ucapan perbahasan Belanjawan 2021 oleh YB Arau DS Shahidan Kassim yang kononnya menghentam DS Najib Razak .

Dan portal berkenaan telahpun memadamkan artikel tersebut. (Sepatutnya kenalah buat permohonan maaf secara terbuka. Lagipun berita tersebut sudah ditangkap layar dan tersebar meluas.)


Ini sebenarnya apa yang diucapkan oleh DS Shahidan. Boleh rujuk hansard Parlimen, DR. 19.11.2020 mukasurat 84.

"Akan tetapi saya hendak bagi tahu sesiapa sahaja yang menolak bajet ini termasuk kawan saya bekas Menteri Kesihatan tolak bajet, khianat rakyat sebabnya rakyat sedang menunggu."

Ini kerana, semalam, DS Shahidan sering diganggu oleh bekas Menteri Kesihatan, DS Dzulkefly Ahmad (PAN-PH).

So guys, hati-hati dengan mainan puak PH yang terdesak sekarang apabila cuba melaga-lagakan pemimpin BN.
--
Sent from Gmail Mobile

No comments:

Post a Comment