AdSense

Wednesday, October 14, 2020

UMNO sokong Anwar Ibrahim bentuk kerajaan baru, apa respon akar umbi?

 

Sebelum DS Anwar Ibrahim mengadap YDP Agong pada 13 Oktober 2020, berpusu-pusu parti politik membuat kenyataan menafikan memberi sokongan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu bagi menggantikan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

UMNO pada ketika itu langsung senyap membisu. Tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dengan kepala surat parti. Yang ada hanya beberapa pemimpin tertinggi UMNO membuat kenyataan media, menafikan sokongan kepada DS Anwar. Malah ada juga yang membuat laporan polis susulan tular nama mereka sebagai penyokong DS Anwar.

Senario ini menggambarkan UMNO tidak menyokong DS Anwar. Adalah dimuktamadkan bahawa UMNO tidak boleh bersekedudukan dengan DS Anwar yang dilihat pro DAP. 

Tetapi itu sekadar kenyataan beberapa pemimpin UMNO. Bagaimana dengan pendirian parti?

Kalau dilihat kepada kenyataan DS Anwar di hadapan media semalam, selepas beliau keluar istana, DS Anwar sekali lagi menekankan, "Jika saya pimpin (jadi PM), kerajaan ini tetap kerajaan Islam dan Bumiputera. Dan yang lain tidak diabaikan". Begitulah lebih kurang.

Ini jelas menunjukkan bahawa DS Anwar sedar kemarahan orang Islam dan Melayu terhadap kerajaan PH terdahulu. Banyak perkara dan isu yang tidak menyenangkan orang Melayu biarpun PM pada ketika itu adalah Tun Mahathir. 

Namun, jika diteliti kenyataan rasmi UMNO semalam, langsung tidak menyentuh tentang 'sokongan meyakinkan dan kukuh' DS Anwar untuk diangkat sebagai PM menggantikan TS Muhyiddin.

5 perkara yang diputuskan menerusi Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO lebih berkisar kepada pertimbangan untuk menarik balik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin TS Muhyiddin, selain mahu memantapkan Muafakat Nasional, mempertahankan kestabilan politik serta fokus dalam usaha menangani pandemik COVID-19.


Apakah UMNO sebenarnya menyokong DS Anwar atas alasan mempertahankan kerajaan Islam dan Melayu? Sekaligus mengiyakan dakwaan DS Anwar semalam bahawa kerajaan Muhyiddin sudah tumbang?

Jika ini keputusan pimpinan tertinggi UMNO, apakah ahli akar umbi bersedia menerima keputusan ini? 

Bagi SL, tidak sukar untuk pemimpin tertinggi UMNO 'menundukkan' ahli akar umbi untuk mengikut citarasa mereka. 

Anwar bukanlah orang lain, pemimpin tertinggi UMNO juga pada suatu ketika dahulu. Begitu juga dengan Muhyiddin. Cuma membezakan kedua mereka, sebab mereka keluar UMNO akibat permusuhan dalaman. Anwar bergaduh dengan Mahathir. Muhyiddin bergaduh dengan Najib. 

Sekali lagi soalan sama dibangkitkan : Adakah akar umbi UMNO akan menerima sekiranya UMNO bersama Anwar?



1 comment:

  1. ahli parlimen dari UMNO yang menyokong DSAI jadi PM MALAYSIA adalah PENGKHIANAT UMNO yang SEBENAR2NYA...mengkhianati undi dari ahli akar umbi UMNO...jangan sekali2 bagi ahli parlimen UMNO untuk menjadi PELACUR POLITIK ..UMNO tertubuh bukan dengan kehadiran PELACUR POLITIK...harap maklum...jangan menyesal selepas PRU 15..😠😠😠

    ReplyDelete