Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merekodkan pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM104,841.65.
Menurut Portal Perisytiharan Harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahli Parlimen Pagoh yang juga Presiden PPBM itu mempunyai aset antara RM10 juta hingga RM15 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berada pada kedudukan kedua dalam senarai Perisytiharan Harta dengan pendapatan bulanan sebanyak RM65,407.20 dengan aset berjumlah antara RM10 juta hingga RM15 juta diikuti Datuk Seri Mustapa Mohamad yang memegang jawatan yang sama dengan pendapatan bulanan sebanyak RM69,427.20 dan aset bernilai antara RM5 juta hingga RM8.5 juta.
Top 3 ini adalah pemimpin PPBM. Parti yang ditubuhkan Tun Mahathir untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU14. Difahamkan, PPBM ditubuhkan atas cetusan ilham Lim Kit Siang dari parti DAP.
https://www.malaysia-today.net/2019/07/15/hamidah-saksi-kit-siang-cadangkan-mahathir-tubuh-bersatu/
Perisytiharan Harta oleh SPRM.
No comments:
Post a Comment