Gambar sekadar hiasan. |
Di Kuala Lumpur ni, harga rumah semuanya bapak giler mahal. Tapi iyalah, dah memang begitu nilai pasaran hartanah. Bukan macam kereta, makin lama harga jatuh. Hartanah ni, makin lama makin naik.
Siapa yang mampu beli hartanah yang harga ratusan ribu ni?
Bagi SL, siapa mampu, belilah.
Cuma artikel kali ni, SL nak tulis pasal golongan kaya raya yang ambil kuota orang berpendapatan rendah.
Kalau orang kaya tu beli dan sewakan pada orang yang memerlukan pada kadar rendah, oklah boleh terima akal. Tapi mungkin ada dalam kalangan orang kaya yang beli rumah untuk golongan berpendapatan rendah, dan 'make money' daripadanya.
Mujurlah zaman Barisan Nasional (sebelum tumbang pada PRU14) dulu menerusi pentadbiran PM ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak memandang serius isu pemilikan rumah golongan bawahan. BN memperkenalkan Rumawip melalui Kementerian Wilayah Persekutuan. Di luar bandar, ada rumah untuk peneroka, rumah pertama dan banyak lagi rumah mampu milik di bawah harga RM300ribu.
Bab rumah mampu milik ni, tak semua yang melepasi kelayakan untuk mendapatkan kediaman masing-masing. Perlu diingat, mereka bukan mahu mendapatkan rumah idaman ok. Sebaliknya mereka hanya memerlukan kediaman untuk berlindung dari panas dan hujan, untuk keluarga mereka. Bukannya mahu rumah agam atau rumah banglo pun...
SL cuma harap pihak berkaitan turun ke bawah untuk melihat senario sebenar perkara ini. Andai ada orang berpendapatan rendah gagal mendapatkan pinjaman bank untuk memiliki rumah mampu milik, bantulah mereka. Jadilah orang tengah antara mereka dengan pihak bank. Janganlah harapkan pemaju semata-mata. Pemaju ni bukan kisah sangat kot. Asalkan semua unit terjual.
Kerajaan sepatutnya 'cuci berak sampai bersih'. Betul, kerajaan dah perkenalkan skim rumah mampu milik. Ramai yang mohon. Tapi berapa ramai yang berjaya memilikinya? Kebanyakan mereka sudah lulus di peringkat permohonan, baik menerusi tawaran di website kementerian ataupun pemaju. Tapi bila sampai ke peringkat permohonan pinjaman, mereka gagal. Maka melepaslah satu unit rumah kepada orang yang memerlukan. Tidak mustahil unit tersebut akan dibuka kuotanya untuk orang kaya?
Jadi, sekali lagi SL rayu pihak berkenaan, kaji balik proses birokrasi permohonan pinjaman ini. Fikirkanlah kaedah terbaik untuk kedua-dua belah pihak antara bakal pembeli dengan pihak pemberi pinjaman iaitu bank dan sebagainya. Mungkin tempoh pembayaran balik pinjaman dilanjutkan daripada 35 tahun kepada 50 tahun?
Sedikit sebanyak ini akan menjayakan hasrat kerajaan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak lagi membuang duit dengan menyewa kediaman. Sebaliknya mereka membayar untuk kediaman sendiri. Barulah sama rata. Ini kalau orang kaya beli rumah, sewa pada orang miskin, maka orang kaya makin kaya, orang miskin makin miskinlah...
Lagi satu, janganlah cari alasan baik secara langsung atau tidak langsung, dengan 'menghalau' orang miskin daripada menetap di bandar-bandar besar. Kononnya disebabkan kepesatan pembangunan, hartanah di bandar tinggi, jadi kalau orang miskin nak dapatkan rumah, sila beli di kawasan lain, bukannya di bandar. Sedangkan tanpa peranan golongan berpendapatan rendah yang makan gaji inilah yang membantu pelbagai sektor ekonomi dalam negara. Kalau dia kerja di KLCC, bantulah mereka menetap di kawasan berdekatan tempat kerjanya. Kenapa nak biarkan mereka ulang alik dari Ijok - KLCC?
Akhir kata, bantulah golongan memerlukan rumah ini. Kasihan mereka, berpuluh tahun menyewa, last-last rumah yang disewa tu tetap bukan milik dia. Dan, hentikanlah projek membina shopping mall. Kalau kat KL ni, orang dah muntah dah tengok shopping mall naik berlambak. Orang sekarang nak rumah, tempat riadah dan sesuatu yang mensejahterakan kehidupan keluarga mereka. Shopping mall banyak-banyak buat apa?
No comments:
Post a Comment