AdSense

Wednesday, September 16, 2020

Bos MIROS cadang basikal perlu lesen dan plat ni dapat idea dari bekas Menteri DAP Anthony Loke ke?


Tengah santai cuti umum sempena Hari Malaysia, jiran tunjuk paper Utusan Malaysia. Nah! Muka depan "BASIKAL PERLU LESEN, PLAT"!

Jilake apa ni? Rakyat tengah terkesan akibat COVID-19, tiba-tiba kerajaan nak kerah geng basikal supaya diwajibkan ambil lesen dan daftar nombor plat bagai macam kenderaan bermotor? Jilake jilake jilake.

Eh kejap... mujur Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong cepat tampil membuat penjelasan.

Menteri pun terkejut dan terkilan. Malah cadangan mengarut ini pun tak pernah dikemukakan kepada beliau! Kalau cadangan ni dibawa pun, Menteri MCA ini pun tak hingin nak laksanakannya!


Berikut penjelasan DS Wee Ka Siong yang juga Presiden MCA :


'BASIKAL PERLU LESEN & PLAT' BUKAN DASAR KEMENTERIAN PENGANGKUTAN


Respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia yang mengatakan bahawa setiap basikal di negara ini perlu didaftar dan dilesenkan nombor plat pendaftaran sama seperti kenderaan bermotor. Saya ingin menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak pernah dibincangkan di peringkat Kementerian. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menafikan sama sekali untuk melaksanakan cadangan seperti itu malah cadangan ini juga tidak pernah dibangkitkan kepada saya.


Banyak lagi faktor perlu diteliti dan dipertimbangkan oleh MOT bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya termasuk pejalan kaki.


Setakat ini, sebarang komen yang dibuat oleh MIROS sebagaimana yang dilaporkan media hari ini tidak menjadi dasar sehinggalah melalui pelbagai proses seterusnya mendapat kelulusan Menteri.


Agensi-agensi di bawah MOT perlu membuat kajian menyeluruh atau cadangan untuk analisis dan pertimbangan pengurusan kanan MOT termasuk Pejabat Menteri sebelum proses dimulakan bagi melaksanakan apa-apa dasar di bawah bidang kuasa MOT. Semua pengumuman polisi pramatang adalah dilarang tanpa persetujuan Menteri.


Dari segi keselamatan penunggang basikal, MOT melalui JPJ dan MIROS terus mempromosikan program advokasi keselamatan dengan penggemar sukan berbasikal dan persatuan-persatuan yang berkaitan secara berterusan, begitu juga dengan semua pengguna jalan raya lain. Program berkaitan keselamatan ini juga akan dibincangkan dan dikemas kini semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya yang akan diadakan pada bulan ini.


Dalam masa sama, saya juga ingin menasihatkan kepada semua penunggang atau penggemar sukan berbasikal supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika berbasikal di jalan raya kerana turut terikat di bawah peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.


..........


In response to an Utusan Malaysia report that the Ministry of Transport will purportedly move towards requiring bicycles to be registered and equipped with licensed plates, I stress that this proposal has never been discussed at the Ministry. We strongly deny that there are any plans to implement such a proposal, nor had been any such proposal brought to my attention.


As with all policies governing the use of vehicles on our roads, many factors must be studied and taken into consideration at the Ministry's level in the best interests of the safety and health of road users and pedestrians, which is a paramount concern.


At this moment, any comments made by MIROS as reported in the said report does not become policy until the due process has been carried out with my approval as Minister.


The agencies under the purview of the Ministry must produce all studies or proposals for the analysis and consideration of the senior management of MOT including the Minister's office before any process is begun to implement any policies under the MOT's jurisdiction. All premature policy announcements are barred without the express approval of the Minister.


In terms of road safety including for cyclists, the MOT through JPJ and MIROS continues to promote safety advocacy programmes with cyclists and other relevant associations on a continuous basis. These safety advocacy programmes will also be discussed and updated during the Road Safety Council meeting to be held this month.


Meanwhile, I advise all bicycle users to obey traffic rules and prioritise safety when riding their bicycles on the road as they are still bound by all relevant traffic rules under the Road Transport Act 1987.


Sumber :


https://www.facebook.com/1002345083266329/posts/1706424486191715/?extid=I0Ovn9faam1gVxXI&d=n


Apa-apa pun, tahniah juga kepada Utusan Malaysia. Sejak baru hidup balik lepas mati masa zaman PH, penulisan Utusan Malaysia ala-ala Malaysiakini gitew... Buka ruang persepsi bagi rakyat sakit hati dan marahkan kerajaan. Utusan Malaysia sekarang sudah jadi Utusan DAP ke? 

5 comments:

  1. Manusia pun kena ada lesen dan plet kat punggung bila nk berjalan dijalanraya..kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. Yes betul sangat²! SEMUA SALAH DAP!PANDAINYEEE

    ReplyDelete
  3. Cis!!!!!!!!!!!!
    Cadangan yang amat baik tu
    Kita berhempas pulas 'cari' duit siang malam
    Dia berhempas pulas jugak nk 'curi' duit siang malam
    Cadangan yang baik...
    Baik buang dlm tong sampah...

    ReplyDelete
  4. MIROS boleh tolong siapkan kurikulum cara menunggang basikal, dari memasang rantai basikal yang tertanggal sehingga penggunaan basikal lajak.Jangan lupa tubuhkan kumpulan tester atau juruuji dan sekolah mengayuh basikal.

    ReplyDelete
  5. utusan malaysia sekarang bukan lagi spt yg dulu....utusan sekarang dh jdi hampeh...lidah rasmi parti pujawang atok95 dan uncle lim&son....bingai!!

    ReplyDelete