AdSense

Thursday, July 30, 2020

UMNO keluar PN. Mantapkan Muafakat Nasional bersama rakan komponen BN dan PAS.


1. UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional, sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
2. Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO & BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

3. YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

4. Hasrat PPBM ini akan diperbincangkan dengan pihak PAS untuk diperhalusi.

5. Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan untuk UMNO dan PAS memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

6. Saya akan menyerahkan kepada JK Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat PPBM sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara.

KENYATAAN MEDIA

Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO 
30 hb Julai, 2020

Sumber :

No comments:

Post a Comment