AdSense

Tuesday, July 28, 2020

Najib Razak bersumpah laknat dalam mahkamah, ada yang menggigil?!!!


Di Malaysia, boleh kata bersumpah laknat adalah sesuatu yang amat menggerunkan. Bersumpah atas nama Tuhan dan bersedia dilaknat merupakan ungkapan yang tidak mampu dilafazkan walaupun jahil macam mana pun seseorang Muslim itu.

Tapi PM Malaysia yang ke 6, yang banyak berjasa kepada ummah, PM Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin dan mengkritik Israel secara terbuka iaitu DS Najib Razak memiliki kekuatan yang luarbiasa walaupun diperlakukan seperti binatang oleh pihak yang berdendam dengannya.


Dengan wajah tenang dan memiliki kesabaran yang cukup tinggi, beliau dengan beraninya berdepan segala yang dilemparkan kepadanya, termasuk panahan fitnah semasa PRU-PRU lepas sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin beliau tumbang pada Mei 2018 dalam PRU14.

Tanpa mengerah tentera atau polis untuk melakukan sesuatu diluar jangkaan seperti mengeluarkan perintah darurat, mahupun menghasut rakyat turun ke jalan raya untuk melakukan keganasan seperti Himpunan Bershit, insan bernama Najib Razak berlapang dada berdepan serangan ke atasnya, seorang diri, sambil ditemani sedikit penyokong setia yang bukan dalam kalangan golongan elit.

Hari ini 28 Julai 2020, hakim Mahkamah Tinggi telah mendapati beliau bersalah dalam kes SRC. Tapi Najib kekal tenang. Malah beliau dengan berani bersumpah laknat dan mempertahankan dirinya. Benar, sumpah laknat ini tidak mengubah apa-apa keputusan, tetapi ia menyentap hati sesetengah pihak. Ingat, sumpah laknat bukanlah perkara remeh bagi orang Islam.

Dalam masa sama, Najib juga tidak pernah berputus asa. Beliau akan memohon rayuan keputusan di Mahkamah Tinggi ini. Di Mahkamah Rayuan nanti akan dihakimi oleh 3 orang hakim. Manakala peringkat seterusnya, iaitu peringkat terakhir pula akan dihakimi seramai 5 orang hakim. Berbanding di Mahkamah Tinggi, 1 hakim. Ini hak Najib sebagai warganegara Malaysia. DS Anwar yang dijanjikan jawatan PM oleh Mahathir juga menggunakan proses ini sehingga ke peringkat terakhir - dihakimi 5 orang hakim. Hanya kes banglo membabitkan Guan Eng saja tidak sampai ke peringkat 5 hakim kerana kes tersebut digugurkan sehinggakan SPRM pun terkejut.

Semoga kemenangan berpihak kepada DS Najib pada masa hadapan.

#SuaraLensa

Kredit foto UMNO Online

No comments:

Post a Comment