AdSense

Monday, March 9, 2020

Lepas PH tumbang : Mat Sabu tuduh Mahathir pencuri?


Ketika ini puak PHDAP sedang sibuk menjelajah ke seluruh negara bagi menabur fitnah, menagih simpati orang ramai kononnya mereka dianiaya sehingga kerajaan PH tumbang pada 24 Feb 2020.

Di kawasan Parlimen Batu Kuala Lumpur, Ahli Parlimennya Prabakaran bersama bekas Menteri Wilayah Khalid Samad disergah oleh pemimpin parti sendiri.


Ceramah yang dihadiri hanya kira-kira 20 orang itu mengundang kekecohan selepas pemimpin PH menyerang pemimpin PH. Ya bunyi macam pelik tapi itulah apa yang berlaku.

Boleh tengok video :
https://www.facebook.com/suaralensa88/posts/2731042910298081

Di Melaka, dalam Jelajah Haprak, Mat Sabu kata kerajaan hari ini kerajaan pintu belakang. Tapi Mat Sabu atau lebih dikenali dengan nama Mat John bagaimanapun tidak mengatakan bahawa kekusutan yang berlaku ini adalah disebabkan Mahathir meletak jawatan pada 24 Feb 2020.

Ini berikutan perebutan kuasa. Puak PHDAP gila kuasa, rakyat yang merana. Jadi Mat John nak tuduh Mahathir sebagai pencuri sebab tumbangkan kera jaan PH?

https://www.malaysiakini.com/news/512019

Suara Lensa perhatikan, rata-rata pemimpin puak PHDAP ini suka memainkan naratif :

1. PH tumbang sebab salah UMNO BN PAS.
Sedangkan puak PHDAP berebut kuasa. Mahathir letak jawatan PM. Jawatan menteri semua gugur automatik.

2. Kerajaan pintu belakang.
Sedangkan kerajaan PHDAP sudahpun tumbang. Rumah mereka sudah roboh. Mana ada lagi pintu depan atau belakang.

3. Pemimpin pengkhianat, jual beli Ahli Parlimen macam pelacur.
Puak PHDAP lupa, semasa 6 Ahli Parlimen UMNO masuk PPBM dulu, mereka senyap membisu. 

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/02/530104/6-bekas-ahli-parlimen-umno-masuk-bersatu

Begitu juga semasa pembentukan kerajaan negeri Sabah yang diterajui Warisan. Bila ada saja pemimpin yang lompat parti ketika itu, mereka dalam puak PHDAP hanya senyap membisu. 

4. Khianat mandat rakyat.
Puak PHDAP lupa bahawa BN dan PAS adalah yang terawal memohon perkenan YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan.

https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/205601427494183/

5. Masih salahkan UMNO BN, kleptokrasi.
Sedangkan semasa PHDAP memerintah sejak 9 Mei 2018, ekonomi negara menjunam dengan begitu teruk, harga komoditi jatuh, kos sara hidup rakyat membebankan, SST ganti GST, cukai-cukai baru diperkenalkan, tragedi Pasir Gudang, janji manifesto dicapati, kes rasuah membabitkan pemimpin PHDAP digugurkan, 
kes terowong senyap sedangkan 7 kertas siasatan dibuka, kes LTTE dihentikan prosiding, 4 hotel Tabung Haji dijual, dividen ASB dan TH jatuh dengan teruk, pelabur asing lari, hutang negara naik dari RM686 bilion jadi lebih RM800 bilion, aset negara dijual, hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar teruk, peruntukan kepada rakyat dipotong, banyak syarikat ditutup, rakyat hilang pekerjaan, Malaysia dalam kegelapan sejak PHDAP mentadbir negara! PH ialah GAGALKRASI.

Jadi kesimpulannya, puak PHDAP ketika ini sedang meroyan selepas mereka tumbang. Mereka tahu mereka gagal menjadi kerajaan walaupun rakyat sudah memberi mandat dan kepercayaan kepada mereka pada 9 Mei 2018 (PRU14). Mereka akan meneruskan naratif pemimpin BN pencuri perompak penyamun perasuah sedangkan pemimpin BN masih tenang dan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah. Kes mereka tidak digugurkan sebagaimana kes pemimpin PHDAP sejurus dapat kuasa.

Apa-apa pun, anda tanyalah rakyat Malaysia kebanyakkannya. Apa perasaan mereka bila PH tumbang. Suara Lensa yakin, kebanyakan mereka pasti meraikannya dengan penuh kegembiraan.

No comments:

Post a Comment