PH merupakan pembangkang yang konsisten bermain dengan persepsi dan fitnah. Tidak seperti BN yang lebih suka menyebar fakta dan membangkitkan persoalan relevan semasa mereka bergelar pembangkang.
Semalam PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai nama ahli jemaah menteri untuk bersama beliau menerajui kepimpinan negara menerusi gabungan kerajaan baharu.
Tidak lama kemudian, Setiausaha Politik kepada veteran DAP Lim Kit Siang itu, Syahredzan telah membuat satu hantaran di Twitternya.
Syahredzan yang popular dengan gelaran 'penjilat tegar DAP' ini cuba menggambarkan persepsi kononnya MCA tidak mengutamakan Bahasa Malaysia.
Sebaliknya, Presiden MCA dan MCA sendiri telah memuatnaik hantaran mereka dalam Bahasa Malaysia LEBIH AWAL daripada versi Inggeris dan Mandarin.
FB rasmi MCA telah memuatnaik infografik dalam tiga versi -
Bahasa Malaysia (7.08pm),
https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/posts/515045619199516
Inggeris dan Mandarin (7.12pm).
https://www.facebook.com/MCAHQ/posts/2868652339847174
https://www.facebook.com/MCAHQ.MY/posts/515050885865656
Inilah budaya yang sinonim dengan pengikut ajaran DAP. Mereka cukup gemar bermain dengan persepsi dan cuba menghasut kepada kebencian serta mengganggu gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Dalam masa sama, penjilat tegar DAP ini diam membisu apabila suatu masa dulu semasa pemerintahan PH, laman FB rasmi kementerian tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan.
Sementara dalam kes MCA, mereka tidak menggunakan FB rasmi mana-mana kementerian pun atau menyiarkan kenyataan media dalam bahasa selain Bahasa Malaysia menggunakan kepala surat kementerian.
Suara Lensa tertarik dengan kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang menjawab tuduhan tidak berasas penjilat tegar DAP.
"Nasihat saya yang pertama, usahlah terbawa-bawa ideologi memecah-belahkan masyarakat. MCA bukan DAP. MCA kekal dengan nilai-nilai inklusif, kesederhanaan dan kepelbagaian.
"Kedua, sila LIKE dan FOLLOW laman FB saya dan FB rasmi MCA. 'Following' > 'see first'.
FB Wee Ka Siong
No comments:
Post a Comment