AdSense

Monday, March 2, 2020

10 fakta menepis tuduhan BN PAS ikut pintu belakang


Betul ke BN dan PAS beriya nak jadi kerajaan? Tak sabar tunggu PRU15?

Betul ke BN dan PAS dalang tumbangnya kerajaan PH?

Baca 10 fakta ini dan anda akan faham apa sebenarnya berlaku...


1. Sejak PH menang PRU14, puak PKR dan DAP hari-hari desak Mahathir serah kuasa PM kepada Anwar Ibrahim.

2. Kerap juga Anwar 'berkunjung' ke pejabat PM Mahathir.

3. 21 Feb 2020, Mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan bagi membincangkan peralihan kuasa PM Mahathir - Anwar.

4. Masa sidang media, Mahathir dengan tegas kata, "Tak ada tarikh ditetapkan. Terpulang pada saya." Raut wajah Anwar, Lim Guan Eng juga berubah. Paling ketara air muka Wan Azizah, isteri Anwar. Wajah sedih, marah dan kecewa mereka tidak dapat disembunyikan.

5. 24 Feb 2020, Mahathir letak jawatan sebagai PM.

6. Jawatan Menteri-Menteri PH juga gugur serta merta. Dan di sinilah terciptanya sejarah, kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah negara Malaysia. Kebetulan, Mahathir juga semasa PM ke 4, memegang tampuk pemerintahan selama 22 tahun. 22 + 22 = 44. Angka tak baik bagi kebanyakan orang Cina.

7. Celah mana pula salah BN dan PAS kononnya nak jadi kerajaan menerusi pintu belakang? Rumah PH sudah roboh berkecai, pintu pun tak ada.

8. Kenapa nak salahkan BN dan PAS pula sedangkan kekalutan ini berpunca daripada PH sendiri yang berebut kuasa?

9. Perlu ingat, bila keadaan berserabut seperti ini, BN dan PAS konsisten memohon perkenan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan.

https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/205601427494183/

Kalau nak kata BN PAS kemaruk nak jawatan, korang silap. Mereka tak hadap pun. Tapi bila keadaan dah huru hara sebab kerja PH yang bercakaran, maka BN PAS hanya ikut tertib.

10. Tapi YDP Agong titah supaya cadangkan nama PM. Jadi BN PAS menurut titah baginda. Ingat, BN dan PAS tak reti nak derhaka Raja dan istana. Mereka akur titah dan sebulat suara bersetuju menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Takkan nak calonkan Mahathir (yang dah letak jawatan), Anwar atau Lim Guan Eng pula? Kenapa pertikai BN PAS sokong Muhyiddin? Sedangkan dulu Anwar boleh sokong Mahathir biarpun berpuluh tahun 'dizalimi'?

Kesimpulannya, BN dan PAS sangat mengharapkan Parlimen dibubarkan. Tapi situasi berubah setiap minit. Jadi lebih baik anda marahkan puak dalam PH sendiri dan tanya,

- Kenapa hari-hari desak Mahathir letak jawatan?

- Kenapa Mahathir letak jawatan?

*Sudahlah gagal tadbir negara dengan baik, nak jaga 4 parti pun gagal. PH memang gagal!

No comments:

Post a Comment