AdSense

Tuesday, February 25, 2020

25 Feb 2020 - Sehari selepas Mahathir letak jawatan PM, menteri gugur...


Senario politik Malaysia yang penuh debaran. Segalanya bermula pada tarikh 21 Februari 2020, apabila Mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan.

Suara Lensa telah menulis sedikit pandangan beberapa jam sebelum mesyuarat tersebut diadakan. Terbukti apa yang penulis nyatakan benar-benar berlaku iaitu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir.



http://suaralensa.blogspot.com/2020/02/mesyuarat-majlis-presiden-ph-this-is.html?m=1

Tumbangnya gabungan PH bermula awal lagi apabila wujudnya desakan demi desakan supaya Mahathir undur diri sebagai PM, selain institusi atau kepentingan rakyat dilihat dirobek dengan begitu rakus. Seperti apa yang penulis katakan, Mahathir adalah manusia yang pantang dicabar.

Nak sangat aku undur? Nah! Aku letak jawatan sekarang!

Bila Mahathir letak jawatan, secara automatik peranan menteri-menteri tergugur dan tidak boleh berfungsi.

Hal ini cuba dinafikan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam sidang medianya selepas parti itu mengadakan mesyuarat tergempar - beberapa jam selepas Mahathir umum peletakan jawatan.

Dalam masa sama DAP, PKR pro Anwar dan Amanah menyatakan sokongan kepada Mahathir supaya terus menjadi PM.

Ianya sudah terlambat. YDP Agong telah pun menerima surat peletakan jawatan Mahathir dan melantik beliau sebagai PM interim atau PM sementara bagi menjalankan proses-proses selanjutnya.

Baik, apa sebenarnya berlaku? Apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Feb 2020, sehari sebelum Mahathir letak jawatan?

Boleh tanya sendiri mereka yang hadir.

Sekarang, back to reality.

Mahathir dalam masa sama lepaskan jawatan sebagai Pengerusi parti PPBM. Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengeluarkan kenyataan - PPBM keluar PH.

Diikuti Timbalan Presiden PKR yang dipecat, Dato' Seri Azmin Ali yang mengisytiharkan beliau bersama 10 MP PKR yang lain keluar daripada PKR dan muafakat PH.

Kuasa Sabah Sarawak pula condong menyokong Mahathir.

Angka sekarang, PH tinggal 92 kerusi di Dewan Rakyat.

PKR 39
DAP 42
Amanah 11.

Angka yang jauh berbeza sebelum 24 Februari 2020 :

PKR 50
DAP 42
PPBM 26
Amanah 11
Warisan 9
UPKO 1
TOTAL = 139

Ya politik ialah mengenai nombor. Sekarang tumpuan beralih arah kepada blok pembangkang. Boleh kata mereka kini menjadi penentu. Apa yang Mahathir buat sekarang, bukan buat saja saja. Ianya masih mengenai nombor.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa tegas mengatakan, andai kata mereka jadi kerajaan, mereka tidak sesekali akan bersama DAP.

Jadi, apa akan berlaku seterusnya?

Kini segala keputusan akan bermula dari Mahathir memandangkan hanya beliau yang berkuasa sebagai PM interim. Tugas akhirnya ialah mempersembahkan nama PM Malaysia yang baru kepada YDP Agong. Langkah Mahathir sukar dijangka. Politik semasa penuh dengan rahsia. Siapa yang akan dicadangkan?

Mungkinkah Anwar? Dan apa yang berlaku sehari dua ini hanya pelengkap drama politik dan semata-mata mahu menunjukkan 'taring' Mahathir agar jangan ada yang berani biadap dengannya?

Atau BN, PAS akan bersama PPBM dan PKR pro Azmin sambil disokong Warisan, GPS dan GBS dari Sabah Sarawak?

Atau, PM interim Mahathir akan mencadangkan kepada YDP Agong supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya? - Bubar Parlimen adalah apa yang diingini oleh kumpulan pro Anwar dan DAP. Barangkali ia hanya jalan terakhir yang mereka ada. Tiada pilihan kerana mereka kini sudah tersepit rapat di dinding.

Dalam politik, satu hari adalah tempoh yang sangat panjang.

Penulis boleh mengandaikan, walau apa pun berlaku selepas ini, perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan tindak balas.

Suara Lensa
Kuala Lumpur
25 Februari 2020

No comments:

Post a Comment