Sunday, October 6, 2019

Kongres Maruah Melayu : Realiti atau Fantasi?


Kongres Maruah Melayu. Sedap namanya.

Semasa pemeteraian Muafakat Nasional, pemimpin MCA, MIC, Friends of BN dan Dewan Himpunan Penyokong PAS hadir bersama.


Kongres Maruah Melayu yang dihadiri Tun Mahathir ini tidak nampak kelibat pemimpin DAP dan pemimpin nombor satu PKR yang juga bakal PM ke 8.

Bukankah DAP juga punya pemimpin Melayu? Mana hilangnya pasangan yang diagungkan DAP, Zairil dan Dyana? Apakah Anwar bukan Melayu?

Apa mesejnya?

Adakah selepas ini mereka akan membentuk SATU kumpulan besar atas nama Melayu?

Adakah mereka akan meninggalkan DAP dan PKR bersendirian?

Politik itu berasaskan nombor.

Esok Parlimen akan mula bersidang bagi meneruskan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kedua Parlimen ke 14. Ia akan berlangsung selama 36 hari, sehingga 5 Disember 2019.

Jika tidak ada apa-apa yang berlaku terhadap landskap politik Malaysia dalam masa terdekat, anggap saja Kongres Maruah Melayu hari ini hanyalah tayangan drama hujung minggu. Fantasi  sekadar menghiburkan hati anda.

Suara Lensa
6 Oktober 2019
Stadium Melawati Shah Alam.

1 comment:

  1. Sangat setuju dengan admin. Kmm boleh dikira "talian hayat" tun m sahaja. Tiada apa faedah kpd umno dan pas menghadiri kmm ini. Akibat buruk saja yg ada. Sudah ada perbezaan pendapat dan statement dari kedua kepimpinan parti,,dan seperti biasa, statement dari pas yg nampak bodoh,,hj hadi kata setuju dgn kerajaan yg mewakili madyarakat majmuk yg didominasi melayu islam. Jika begitu,,kerajaan ph menepati kehendak hj hadi. Jd, pas tak payah sibuk2 main politik lagi lah. Sia2 sahaja hpu914 tempoh hari. Syabas tok mat,,anda buat statement terbaik.

    ReplyDelete