AdSense

Thursday, July 11, 2019

Pemandu teksi kecewa, PH terbukti menipu


E-HAILING - TIADA ISTILAH DALAM PROSES.

Mengikuti apa yang telah dijanjikan oleh YB Anthony Loke pada 11/7/2018 yang lalu bahawa penguatkuasaan akan bermula pada 12/7/2019.

Itu jelas bermaksud bermula jam 12:01am 12/7/2019, hanya pemandu-pemandu kenderaan-kenderaan e-hailing yang lengkap sahaja boleh beroperasi, dan mereka-mereka yang masih tidak mempunyai dokumen lengkap, atau masih dalam proses melengkapkan adalah tidak dibenarkan memandu kenderaan e-hailing sama sekali.

Istilah masih dalam proses tidak boleh diterima, namun jika perkara itu belaku, ia jelas membuktikan bahawa MOT khususnya YB Anthony Loke telah membuat satu lagi pusingan U, dan memungkiri janji.

Kami berpendapat Kerajaan (MOT) seharusnya memastikan semua syarikat-syarikat Aplikasi menghormati keputusan Kerajaan dan membantu Kerajaan menangani isu e-hailing dengan tidak membenarkan mana-mana pemandu kenderaan e-hailing yang masih tidak mempunyai dokumen lengkap atau masih dalam proses melengkapkan tidak boleh beroperasi dengan menggunakan Aplikasi mereka.

Tetapi jika syarikat Aplikasi dengan sengaja membenarkan pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing yang masih tidak mempunyai dokumen lengkap beroperasi dengan menggunakan Aplikasi mereka, itu jelas membuktikan bahawa mereka tidak menghormati keputusan Kerajaan dan dengan sengaja sekali lagi mencabuli Kedaulatan undang-undang Negara.

Kerajaan perlu bertindak tegas, dan tidak boleh berkompromi lagi terhadap mana-mana syarikat Aplikasi yang masih membenarkan pemandu-pemandu kenderaan e-hailing yang tidak mempunyai dokumen lengkap beroperasi di Aplikasi mereka.

Tindakan tegas perlu diambil kepada pemandu-pemandu kenderaan e-hailing yang beroperasi secara haram, malah tindakan tegas termasuk pengharaman juga perlu diambil kepada mana-mana syarikat Aplikasi yang terlibat membenarkan pemandu-pemandu kenderaan e-hailing yang masih tidak sah beroperasi di Aplikasi mereka.

Kami percaya hanya tindakan tegas sahaja mampu menyelesaikan isu pengoperasian kereta sapu e-hailing haram, namun tindakan tersebut perlu diambil kepada kedua-dua pihak dan tidak hanya terjurus kepada pemandu kenderaan e-hailing haram.

Kami berharap kali ini, MOT khususnya YB Anthony Loke tidak bersandiwara dan terus memperbodohkan kami, namun jika perkara itu belaku, kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan satu lagi Perhimpunan besar-besaran di ibu Negara untuk mendesak Kerajaan Pakatan Harapan membuktikan bahawa mereka sebuah Kerajaan yang bersih dan mengamalkan prinsip Rule Of Law dengan merehatkan YB Anthony Loke dari Kementerian Pengangkutan Malaysia.

KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN
Yang di-Pertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia - GTSM

3 comments:

  1. Teksi oh teksi..tak habis-habis lagi nak menyalahkan orang. Tak boleh ker cuba perbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain?

    Dulu masa tak ada e-hailing teksi menyalahkan kerajaan yang dikatakan tak membantu mereka. Bila kerajaan dah bantu dengan pelbagai kemudahan, teksi masih tak puas hati. Maka dicari dan dicipta pelbagai alasan untuk terus menyalahkan orang lain.

    Bila e-hailing wujud, teksi dapat sasaran mudah, jadi teksi mula serang e-hailing dan serang kerajaan sekaligus. Apa lagi teksi mau? Minta orang datang suap nasi dan cuci berak baru puas hati ker?

    Berubahlah kerana sekarang ni zaman menuntut untuk kita berubah. Nak dapat pendapatan macam mana kalau asyik tunggu beratur di stesen kemudian asyik minum kopi sambil sembang-sembang sahaja. Dah puas sembang-sembang di gerai dan kedai kopi main dam sepapan dua. Sedangkan pada masa yang sama pemandu2 e-hailing dah buat berapa trip dah?

    Itu belum lagi isu teksi tak nak bawa penumpang ke destinasi yang diminta. Ya! bukan semua teksi macam tu tetapi ramai dah pelanggan yang terkena. Kemudian tambang cekik darah bila penumpang merungut teksi marah dan buat bising.

    Berbeza dengan e-hailing. Penumpang dapat tengok dulu berapa tambang yang akan dikenakan. Kalau setuju penumpang akan book kalau tidak penumpang akan abaikan. Bila dah book kereta yang datang akan bawa penumpang ke destinasi yang diminta tanpa masalah. Kan senang tu? Susahlah kalau teksi masih buat bodoh macam ni. Orang nak tumpang cari makan pun susah, penumpang yang ingin dapatkan perkhidmatan yang cekap pun susah.

    Rezeki di tangan Tuhan tetaoi kalau kita tak usaha rezeki takkan datang menggolek. Kalau e-hailing boleh terima kadar tambang yang dikenakan kenapa teksi masih tak puas hati. Cthnya; e-hailing minta RM17 dari Petaling Street ke Jalan Kelang Lama sekitar pukul 2pm sedang teksi minta RM40. Lembu pun tahu lebih baik naik e-hailing daripada naik teksi.

    Jadi kalau cerdik pikir-pikir ler. Hentikan lah budaya yang mengharapkan segalanya disuapkan ke mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Di kalangan pemandu-pemandu teksi ini ramai bukan semua yg tidak tahu bersyukur. Sebelum kewujudan e-hailing sikap mereka begitu sombong malah ada yang kurang ajar. Kini baru mereka tau langit tinggi rendah. Sedarlah!!

      Delete
    2. Tepat sekali. Di kalangan pemandu-pemandu teksi ini ramai bukan semua yg tidak tahu bersyukur. Sebelum kewujudan e-hailing sikap mereka begitu sombong malah ada yang kurang ajar. Kini baru mereka tau langit tinggi rendah. Sedarlah!!

      Delete