AdSense

Wednesday, April 24, 2019

Lagi aset negara kena jual oleh PH


Selepas menjual hotel di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura, satu lagi syarikat LTAT akan menjual tanah mereka.


Boustead Plantations yang sebelum ini untung besar setiap tahun tetapi telah mengalami kerugian selepas PRU14 mengumumkan bahawa mereka akan jual tanah mereka yang berharga RM1.2 bilion.

Boustead Plantations untung RM620 juta pada tahun 2017 di bawah BN berbanding kerugian RM52 juta tahun 2018 di bawah PH setelah penjualan mereka jatuh 23.2% selepas PH ambil alih.

Pelik tak, bahawa negara dan syarikat di bawah kerajaan BN yang sering dituduh sudah bankrap sebenarnya banyak aset untuk PH jual?

Setiap kali jual harganya berbunyi berbilion-bilion.

Dari FB Najib Razak

No comments:

Post a Comment