AdSense

Sunday, January 13, 2019

PRK Cameron Highlands : Kera jaan DAP-PH selamba cabul demokrasi


Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Cameron Highland diadakan kerana mahkamah pilihan raya (selepas diprotes DAP-PH) memutuskan berlaku amalan rasuah semasa kempen PRU14. Tanpa menganjurkan demonstrasi seperti Bersih atau Blackout, pemimpin Barisan Nasional akur dengan keputusan tersebut.



Hari ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan sekumpulan berbaju parti PH sedang berkumpul. Seorang wanita dilihat sedang memegang dan mengagihkan beberapa helai kertas dipercayai duit.

Wujud persoalan, adakah ia rasuah?

Bukankah amalan ini melanggar undang-undang pilihan raya?

Apa kata SPR?

Apa pandangan NGO Bersih sebagai pemerhati?

Apakah mereka membisu dan buat-buat tak nampak hanya kerana kumpulan itu memakai baju PH?

Tindakan hanya dikenakan kepada mereka yang menyarung baju Barisan Nasional?

Sebelum ini, turut tular mengenai ucapan pemimpin PH yang mengugut untuk tidak memberi gaji kepada Tok Batin (ketua-ketua Orang Asli) sekiranya mereka tidak menyokong PH.

Laporan polis telahpun dibuat ramai pihak. Adakah laporan polis itu 'tidak laku' buat SPR dan pemerhati pilihan raya?

Sedia maklum, PH sebelum ini melaung-laungkan proses pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Terbukti PH hanya pandai cakap tapi enggan menpraktikkan apa yang dilaungkan.

Pengundi Cameron Highlands, ajar PH dengan tidak memberi undi kepada mereka.

No comments:

Post a Comment