AdSense

Tuesday, July 31, 2018

Kereta nasional ketiga - Wee Ka Siong balun, Mahathir kelu lidah


30 JULAI: Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan samada kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengulangi tindakan melindungi kereta nasional ketiga sekiranya projek berkenaan diteruskan.


Ini kerana katanya, dasar melindungi kereta Proton selama ini telah mengakibatkan kerajaan menanggung perbelanjaan sebanyak RM300 bilion.

“Saya sedar bahawa industri automotif itu penting untuk negara. Tapi sejak 33 tahun lalu, apabila kita perkenalkan Proton pertama, kita nampak bahawa pelbagai kos termasuk AP, duti import, eksais import. Mengikut P Gunasegaran dari KiniBiz, RM300 bilion dijangkakan telah ditanggung kerana dasar melindungi kereta Proton.

“Kita tahu pada mulanya (Proton) berjaya, tapi disebabkan persaingan yang begitu sengit sekali dalam pasaran dunia menjadikan kita tidak ada economy of scale. Sekiranya nak diutarakan kereta nasional ketiga, apakah kita akan mengulangi perlindungan yang perlu kita buat untuk Proton.

“Dan bagaimana kita lihat kalau itu dipacu oleh syarikat swasta, bukankah yang ada sekarang 51 peratus adalah milik DRB-Hicom dan Geely 49 peratus. Dan sekiranya ini boleh dilakukan, kenapa perlu ada kereta nasional ketiga,” soal Ka Siong.

Beliau berkata demikian di dalam soalannya tambahannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, Isnin.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjawab secara jelas persoalan yang diajukan oleh Ka Siong itu.

Sebaliknya beliau menuduh pentadbiran lalu sebagai tidak cekap sehingga mendorong kepada kemerosotan prestasi Proton.

“Dahulu Proton berjaya menembusi pasaran Malaysia dan juga pasaran luar negeri. Kita dapat menjual 25 ribu kereta Proton di United Kingdom dan di lain-lain tempat. Tetapi oleh kerana pemerintahan yang kurang cekap yang tidak tahu berkenaan industri yang menyebabkan prestasi Proton merosot.

“Yang pertamanya kerana kerajaan yang dahulu membenarkan masuk segala kereta ke dalam Malaysia tanpa memberi peluang kepada kereta Proton memasuki pasaran mereka.

“Dengan adanya kereta yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat gergasi masuk ke dalam pasaran Malaysia dan bersaing dengan Proton, sebab itulah Proton sukar untuk menandingi mereka. Oleh itu pasaran Proton merosot dan diambil alih oleh kereta-kereta import,” katanya. – Oleh AIDIL SYUKRI

BNP PORTAL
https://www.bnpportal.com/status-kereta-nasional-ketiga-dilindungi-atau-tidak-dipersoalkan/

No comments:

Post a Comment