AdSense

Wednesday, June 20, 2018

Pelaburan KWSP Rugi RM6.09 Bilion Bulan Pertama Pakatan Tadbir Putrajaya


Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didalam 10 Syarikat Tersenarai Awam (PLC) jatuh 12% pada bulan pertama pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Putrajaya, lapor The Edge Markets.


Kerugian tersebut menurut akhbar perniagaan berkenaan berjumlah RM6.09 bilion - jatuh kepada RM45.12 bilion daripada RM51.21 bilion didalam nilai pelaburan

10 PLC yang dimaksudkan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

"CMS mendahului carta dari segi kuantum kejatuhan harga saham. Harga saham kumpulan menjunam 37%, menghapuskan RM1.7 bilion daripada nilai pasaran.

"Akibatnya, KWSP, yang memiliki 10.69% pegangan didalam syarikat memperlihatkan nilai pelaburan jatuh kepada RM180 juta," lapor The Edge.

Saham MRCB dan IJM yang masing-masing jatuh 32% selepas PH menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mencatatkan kerugian RM1.4 bilion dan RM3.1 bilion memperlihatkan pegangan 35.25% didalam MRCB jatuh RM490 juta sementara 14.5% pegangan didalam IJM, merudum RM450 juta.

KWSP yang mempunyai 10.11% didalam Gamuda pula rugi RM370 juta setelah syarikat mengalami kemerosotan pelaburan RM3.7 bilion atau 35.32%.

Tambah The Edge, saham KWSP didalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) - Maybank, Axiata, CIMB dan TM masing-masing merosot 7%, 12%, 8% dan 21% dengan nilai kerugian terkumpul sebanyak RM3.86 bilion.

Lapornya lagi, TNB paling teruk mengalami kerugian semenjak pemerintahan PH dimana sebanyak RM8.5 bilion nilai kerugian dicatatkan membawa kesan RM1.08 bilion kepada KWSP yang memiliki 12.67% pegangan didalam syarikat utiliti berkenaan.

Kebanyakan PLC yang mengalami kemerosotan ini mempunyai kaitan langsung dengan keputusan kerajaan PH mengkaji semula projek-projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, termasuk Projek Aliran Transit Massa 3 (MRT3), Projek Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-SG dan Projek Lebuhraya Pan Borneo.

Ujar The Edge, MMC Corp Bhd-Gamuda-George Kent (M) Bhd membentuk konglomerat merupakan pembida terkuat bagi projek MRT3 sebelum ianya diumumkan batal oleh PH.

CMS yang dikatakan terkait dengan kroni BN diberikan tender mengurus Lebuhraya Pan Borneo menerima impak pelaburan apabila PH membuat keputusan untuk mengkaji semula projek berkenaan.

- mD

Malaysian Digest, 19 Jun 2018
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/743125-pelaburan-kwsp-rugi-rm6-09-bilion-bulan-pertama-pakatan-tadbir-putrajaya.html

1 comment:

  1. pencarum kwsp majority org melayu....menteri kewangan?PM...?
    ...terima jer laa...dah nak berubah sangat....

    ReplyDelete