AdSense

Thursday, June 28, 2018

MalaysiaKini panggil Najib buka mata rakyat. Mahathir mula tak senang duduk.


Belum sampai 100 memerintah negara, Perdana Menteri ke 7 Mahathir sudah melakukan banyak perkara yang bukan saja tidak menyenangkan rakyat Malaysia tetapi juga pemimpin dalam Pakatan Harapan sendiri khususnya DAP dan PKR.


Kemunculan kroni-kroni yang 'hidup semula' di atas muka bumi bertuah Malaysia ini menjadi punca 'kebangkitan' pimpinan DAP dan PKR yang sejak dahulu tidak menyukainya.

Sejak dahulu, pemimpin DAP dan PKR banyak mempersoalkan cara pentadbiran Mahathir (ketika jadi PM ke 4) yang disifatkan mengutamakan kroni dan monopoli.

Bukan itu saja, rata-rata pemimpin PH dilihat tidak senang dengan cara pentadbiran Mahathir yang hanya fokus membalas dendam. Hinggakan Anwar Ibrahim pernah menasihati kerajaan supaya fokus membina negara.

"Kita tidak boleh bergerak atas dasar dendam kerana dendam ialah penyakit hati," Anwar Ibrahim, 25 Mei 2018.


Biarpun Mahathir mengatakan mahu selamatkan Malaysia dan membetulkan kesilapan dahulu, namun apa yang berlaku hari ini menafikannya. Kata orang Cina, cakap tak serupa bikin.

Umum mengetahui bahawa pada malam pertama terawih Ramadan 1439H, rumah Najib digeledah pihak berkuasa. Ketika itu Najib solat terawih berjemaah di Masjid Kampung Baru.

Saat umat Islam menyambut Ramadhan, Najib dan keluarga pula menyambut hari pengaiban tanpa diberi peluang membela diri. Namun Najib dan keluarga tetap tenang. Sampaikan memberi arahan kepada orang UMNO supaya jangan melakukan tindak balas menerusi keganasan atau himpunan jalanraya.

Beliau mahu berhadapan masalah sendirian dan enggan mengheret pemimpin / ahli UMNO yang lain termasuk rakyat yang masih ramai bersamanya.

Hendak menceritakan hari pertama Najib diaibkan, panjang ceritanya. Biarkan ia menjadi lipatan sejarah negara. Sejarah sama yang terjadi kepada Anwar Ibrahim ketika dipecat daripada

Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Anwar dan keluarga diaibkan berpuluh tahun oleh Perdana Menteri ke 4 ketika itu (kini PM ke 7).


Semalam, lidah rasmi kerajaan PH ada memanggil bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk menembualnya menerusi wawancara eksklusif.

Kenapa panggil Najib yang kini sedang hebat diserang dan diaibkan? Najib yang boleh kita anggap seperti kucing kurap sedang bergelut selamatkan diri selepas jatuh loji kumbahan najis?

Rakan-rakan media penulis menyifatkan ini adalah Malaysia Baharu - Kebebasan media dan MalaysiaKini adalah pelopor kepada demokrasi media.

Tidak.

Bagi penulis, tidak ada pokok yang bergoyang secara tiba-tiba. Pasti ada punca dan sebab. Pokok bergoyang samada disebabkan angin, digoncang manusia ataupun kerana ada beruk di atasnya.

Jika mendiang Karpal Singh begitu konsisten dengan pendirian beliau tentang hudud, begitu juga dengan MalaysiaKini yang konsisten menyerang Mahathir.

Big Bos MalaysiaKini Stevan Gan, bukan calang-calang orang. Sejarah latarbelakangnya penuh dengan kepahitan dan luka. Sama seperti luka pelopor gerakan rakyat, Anwar Ibrahim.


Memetik info dalam Wikileaks :

"Before launching the provocative online publication in November, 1999, Gan worked as a print journalist. In 1995, he led a team of investigative reporters who exposed the deaths of 59 inmates in a migrant worker detention camp. When his editors refused to run the reports, Gan gave the information to a human rights activist, who released it and is now facing a possible jail term for "publishing false news."

"Gan was one of five journalists arrested in 1996 for covering the Second Asia Pacific Conference on East Timor. He spent five days in jail and was declared a Prisoner of Conscience by Amnesty International. When his editors spiked a column he wrote detailing his arrest and those of conference organizers and participants, he resigned in protest. Gan's year-old online publication, Malaysiakini, is providing a new model for press freedom under authoritarian regimes."

(Rujukan : https://wikileaks.org/wiki/Steven_Gan )


Manakala Wikipedia pula menyiarkan :

Akhbar internet Malaysiakini bermula apabila timbul keperluan untuk melaporkan pemecatan dan penangkapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. Premesh Chandran, bekas wartawan akhbar The Sun yang ketika itu bertugas dengan Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) mengasaskan Malaysiakini bersama Steven Gan yang pernah bekerja dengan akhbar The Nation, di Bangkok, Thailand. Isu di sebalik pemecatan Anwar Ibrahim perlu dilaporkan kepada rakyat dan timbullah akhbar bawah tanah ini - pada awalnya.

Premesh menulis kertas kerja itu bertajuk 'The Daily Diet - It's free, fast and true". Dana RM30,000 berjaya dikumpulkan dan membeli warung kafe di SS2, Petaling Jaya sebagai pusat operasi lamanweb . Nama Malaysiakini.com didaftar pada April 1999.

Kemudian Pakatan Akhbar Asia Tenggara (Seapa) memberi geran AS$100,000. Pada 1 Oktober 1999 pejabat Malaysiakini dibuka di tingkat empat sebuah rumah kedai berhampiran Jaya Supermarket, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Malaysiakini mendapat cabaran berat apabila Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pilihan raya setahun lebih awal iaitu pada 1999.Hari penamaan calon ditetapkan pada 20 November 1999.

(Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiakini.com )

*Sedikit info pada mereka yang mungkin lupa, era pemerintahan Mahathir ketika menjadi PM ke 4 adalah pada tahun 1981-2003.



Sekarang kita kembali kepada Malaysia hari ini - Tahun 2018.

Dendam Mahathir pada Najib dapat kita lihat menerusi pengaiban yang sedang rancak dipertontonkan. Namun dendam kebanyakkan media, aktivis dan pemimpin politik terhadap Mahathir tiada siapa yang tahu.

Berikut temubual eksklusif MalaysiaKini bersama Najib yang membuka mata rakyat :

Najib jawab harta rampasan itu hadiah, nilaian polis subjektif

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu, nilai barangan- terutamanya barang kemas- yang dirampas oleh pihak polis adalah subjektif dan tidak realistik.

Menurut Najib, nilai bagi barangan yang dirampas itu subjektif kerana terdapat batu pada barang kemas yang dirampas itu berusia kira-kira 20 tahun.

Malah, nilai ketika sesebuah barangan itu dibeli juga perlu diambil kira, kata anggota parlimen Pekan itu lagi.

"Ia bergantung kepada sumber sesebuah batu. Ia juga bergantung, bila ia dihadiahkan atau bila ia dibeli. Penilaian (bagi barangan tersebut) boleh berubah.

"Jadi janganlah kita terlalu teruja. Biar kita lihat barang-barang itu, setiap satu barangan tersebut.

"Kami harap ada peluang ia dibuat penilaian dan kita boleh buat kesimpulan berhubung sumber barangan tersebut serta dapat penjelasan mengenai barangan yang telah dirampas oleh pihak polis," kata Najib dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini di pejabat portal berita berkenaan di Petaling Jaya.

Hadiah pemimpin antarabangsa

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sidang media pihak polis berhubung nilai barangan mewah yang dirampas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib pada pagi tadi.

Bercakap mengenai barang rampasan yang diumumkan pihak polis hari ini, Najib berkata, seperti para suami yang lain, beliau tidak tahu secara menyeluruh sebanyak mana koleksi barang kemas serta barangan lain yang dimiliki isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Najib lagi beliau juga tidak diberi senarai lengkap tentang barangan yang disita semasa serbuan polis di rumahnya di Jalan Duta serta di tiga unit kondominium di Pavillion Residences di Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Kata bekas perdana menteri itu, beliau hanya diberi senarai yang tidak lengkap beserta penerangan yang tidak jelas tanpa gambar barangan yang dirampas.

"Tetapi apa yang saya tahu, selama bertahun-tahun sebagai ketua kerajaan, kami dihadiahkan dengan pelbagai barangan oleh pemimpin antarabangsa serta rakan-rakan peribadi.

"Saya tahu ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah. Sebagai contoh, (perdana menteri) Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengaku beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya dan beliau juga secara terbuka menggunakan banyak jet korporat kawannya. Jadi ia tidak menyalahi undang-undang untuk menerima hadiah," ujarnya.

Najib sebelum ini pernah menjadi menteri besar Pahang pada 1982 dan kemudian beliau memegang portfolio sebagai menteri.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selama lima tahun serta menjadi perdana menteri selama sembilan tahun.

Rosmah terkejut

Selain itu, ditanya jika beliau ada bercakap dengan isterinya berhubung pendedahan terkini yang dibuat pihak polis pagi ini, Najib berkata Rosmah sendiri terkejut dengan jumlah yang diumumkan.

"Saya fikir penilaian itu... dia (Rosmah) tidak percaya jumlahnya seperti itu. Dan beberapa barangan juga, seperti barangan kemas, ia mempunyai rekod bahawa ia dikirim. Jadi kita perlu mengenal pasti barang-barang itu dan memulangkannya (kepada pengirim),” kata Najib.

Najib turut memberitahu, terdapat barangan kemas yang dirampas bukan milik Rosmah.

Malah, terdapat juga barangan yang dirampas milik anak perempuannya Nooryana Najwa, suaminya serta ibu mertuanya.

Beliau juga mendakwa, pemilik barang kemas yang menghantar barangan tersebut kepada pihaknya untuk tujuan tontonan- kini membuat tuntutan supaya barang tersebut dipulangkan semula.

“Janganlah kita terus membuat kesimpulan. Benarkan kami memeriksa barangan tersebut secara individu," kata Najib lagi.

Beliau turut menambah, selepas senarai barangan disita itu diperiksa, terdapat beberapa perkara lain yang perlu diambil kira.

Perkara itu, antaranya seperti tarikh pembelian serta harga sesebuah batu yang perlu dinilai terlebih dahulu, kata Najib.

"Kita perlu tahu tarikh pembelian, seperti barangan kemas.

"Seperti yang anda tahu, harga bagi sebuah batu sama ada ia diperolehi atau yang dihadiahkan pada 20 tahun lalu, lebih rendah daripada harga yang dibayar kerana harga batu meningkat dengan begitu ketara bergantung kepada penilaiannya," katanya.

'Saya tidak guna hadiah yang mahal'

Selain itu, ditanya adakah ia tindakan beretika apabila seseorang yang mempunyai jawatan menerima hadiah yang berharga, Najib memberitahu isteri bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, Michelle turut menerima hadiah berjumlah berjuta-juta daripada bekas pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud.

Bekas perdana menteri ke-enam itu juga berkongsi bahawa memberi hadiah yang berharga menjadi budaya bagi sesetengah golongan raja di negara tertentu.

"Ketika Raja Salman berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, beliau juga memberi hadiah bernilai berjuta-juta. Sesetengah daripada raja di negara-negara tertentu, menjadi sebahagian daripada budaya mereka untuk memberi barangan yang sangat berharga.

"Sebagai contoh, barangan yang diberi oleh raja-raja ini kepada saya, saya tidak gunakan.

"Saya simpan kerana saya tidak menggunakan barangan yang mahal, dan rakan-rakan saya pun tahu mengenainya. Saya tidak menggunakan jam tangan yang ada batu," jelas Najib.

'Hubungan erat keluarga diraja Arab Saudi'

Sementara itu, menjelaskan lagi bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang mempunyai kedudukan menerima hadiah yang mahal, Najib berkata:

"Jika hadiah diberikan kepada anda oleh ketua-ketua negara lain, seperti pada hari ulang tahun kelahiran anda dan mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan, ia tidak menyalahi undang-undang.

“Mahathir juga, dengan rekod, telah memberitahu beliau menerima 40 ekor kuda daripada rakannya. Saya yakin, ada hadiah lain yang beliau terima sepanjang kariernya,” kata Najib lagi.

Ketika menjadi pemimpin negara, Najib bersama keluarganya dikatakan mempunyai hubungan erat dengan beberapa keluarga diraja di negara-negara timur tengah termasuk bekas raja dan raja Arab Saudi yang baru.

Najib, 65, pernah memberitahu bahawa beliau sangat rapat dengan almarhum Raja Abdullah yang pernah memberikannya penghormatan tertinggi Arab Saudi.

Pameran di galeri Najib

Penghormatan itu kebiasaannya diberi kepada sekutu terdekat Arab Saudi. Bekas presiden Amerika Syarikat Barrack Obama dan Presiden Rusia Vladimir Putin pernah menerima penghormatan berkenaan.

Ekoran menerima pelbagai hadiah, Najib turut memberitahu beliau bercadang untuk meletakkan hadiah-hadiah berkenaan di galerinya pada suatu hari nanti.

"Itu niat saya. Letak barang tersebut di sebuah pameran kerana saya tidak pernah menggunakannya.

"Saya tahu ada cincin yang mahal diberikan tetapi saya tidak gunakannya sebab saya tahu harganya mahal dan saya tahu sebagai pemimpin, saya tak patut menggunakannya.

"Ia tidak akan digunakan dan akan menjadi sebahagian daripada galeri. Pada suatu hari nanti ia akan dipamerkan," ujar anak lelaki sulung kepada Tun Abdul Razak itu lagi.

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai wang tunai sebanyak RM116 juta yang diperolehi semasa sebuan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, Najib memberitahu bahawa wang itu merupakan perbelanjaan untuk pilihan raya umum.

Sehubungan itu, ketika ditanya tentang penemuan wang tersebut selepas pilihan raya umum 9 Mei, Najib berkata:

“Anda tidak akan tahu berapa banyak kos (kempen pilihan raya) sebenarnya. Dan anda juga tidak akan tahu berapa banyak orang yang akan memberi sumbangan kepada anda.

“Mustahil untuk ada kosong baki bersih. Walau apa pun, bila anda bertanding untuk pilihan raya, anda perlu keluarkan duit untuk sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

“Jangan lupa bahawa saya ialah presiden parti Umno dan BN dengan 13 buah parti komponen.

'Dr M serah RM1.4 bilion pada Pak Lah'

“Menguruskan sebuah parti yang besar dengan tiga juta ahli seperti Umno merupakan urusan yang mahal. Dan, untuk rekod, ketika Mahathir meletakkan jawatan, beliau menyerahkan RM1.4 bilion kepada (Tun) Abdullah (Ahmad) Badawi dalam bentuk aset dan wang tunai. Itu tercatat.

“Jadi, dalam konteks itu, ia (wang yang dijumpai itu) adalah sebahagian kecil daripada jumlah berkenaan,” katanya.

Ketika diajukan soalan bahawa Mahathir tidak menyerahkan wang RM1.4 bilion berkenaan dalam bentuk tunai, Najib kemudian memberitahu:

“Ya, ada wang tunai, tetapi ketika waktu pilihan raya, anda tidak melakukan transaksi melalui sistem perbankan kerana wang itu diperlukan segera oleh parti,” jelas Najib.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu memberitahu, terdapat duit miliknya dalam wang berjumlah RM116 juta yang ditemui pihak polis dalam 26 mata wang yang berbeza itu.

“Ada beberapa (wang) milik saya sendiri kerana saya telah ke luar negara lebih 30 tahun. Tetapi ada juga sumbangan yang diberi dalam mata wang asing.

“Ada sesetengah orang lebih suka menyumbang dalam mata wang asing,” ujar ketua Umno bahagian Pekan itu.

Bercakap mengenai wang yang disimpan di Pavilion Residence, Najib menjelaskan, ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa berikutan keputusan pilihan raya umum ke-14.

“Semuanya berlaku dalam keadaan tergesa-gesa. Kami terpaksa mengosongkan PMO (Pejabat Perdana Menteri) dalam masa dua jam dan Seri Perdana.

“Saya nak beritahu, dalam PMO, terdapat bilik kebal yang dibina oleh pemimpin saya yang terdahulu dan begitu juga di Seri Perdana, ada bilik kebal yang direka.

'Bertanding pilihan raya perlu tunai'

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,” tambahnya.

Najib juga turut mendakwa, salah seorang “orang” Mahathir pernah mengambil sejumlah RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum ke-13.

Menggambarkan “orang” itu sebagai seorang “pembantu” yang sangat dipercayai Mahathir, Najib berkata duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Duta.

Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan- yang merupakan bekas perenang negara- namun Malaysiakini tidak menamakannya sehingga beliau dapat dihubungi.

Malaysiakini turut menghubungi pembantu Mahathir untuk mendapatkan maklum balas.

‘Pembangkang tolak ketelusan pembiayaan dana pilihan raya’

Dalam wawancara berkenaan, Najib turut mengimbau kembali bagaimana beliau mahu ketelusan dalam pembiayaan dana pilihan raya.

Ketika diajukan soalan mengapa beliau tidak membuat pengisytiharan mengenai hadiah yang diterimanya, Najib berkata beliau pernah mencadangkan supaya proses pembiayaan dana pilihanraya lebih telus tetapi ia ditolak oleh pembangkang ketika itu.

“Dalam negara ini kita tidak mempunyai sistem untuk lakukan perkara itu (isytihar hadiah).

Saya sebenarnya pernah mencadangkan bahawa kita seharusnya ada… apabila ia mengenai sumbangan, kita perlu mempunyai sistem yang telus dan kita perlu rekodkan sumbangan itu dengan satu badan yang bebas.

“Saya ada mencadangkan perkara itu, tetapi pada masa itu, ia ditolak oleh pembangkang yang kini menjadi kerajaan.

“Mereka menolaknya, saya syak mereka tidak mahu dikenali kerana jika orang yang memberi sumbangan kepada mereka itu identitinya diketahui, maka ia akan merugikan smereka.

“Tetapi ia ada dalam rekod bahawa saya sebenarnya mencadangkannya dan saya masih ingat saya bercakap mengenai perkara itu kepada ketua pegawai eksekutif PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Datuk Seri Idris Jala.

“Saya juga bercakap dengan ketua SPRM Tan Sri Abu Kassim ketika itu dan dia menyukai idea tersebut. Kami bawanya ke depan, tetapi ia ditolak oleh pihak pembangkang sehingga perkara itu tidak diteruskan.

“Sekiranya perkara itu berlaku, pembiayaan dana pilihan raya di negara ini akan dikendalikan dengan cara yang lebih telus. Tetapi jika saya lakukannya untuk BN sahaja, tetapi mereka tidak, maka ia akan merugikan kita.

Polis kata nilai pasaran sehingga RM1.1 bilion

“Jadi cadangan itu secara keseluruhannya… yang ada dalam rekod, kami sebenarnya yang telah memulakan langkah untuk lebih telus dan bertanggungjawab bagi sumbangan politik,” ujar Najib lagi.

Pada sidang akhbar pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh mendedahkan, barangan yang dirampas di hartanah yang dikaitkan dengan Najib bernilai RM686.37 juta.

Bagaimanapun, nilai dalam pasaran semasa boleh meningkat antara RM910 juga sehingga RM1.1 bilion. Antara barang yang dirampas ialah barangan kemas yang bernilai RM440 juta.

Pada bulan lalu kediaman Najib serta rumah yang dikaitkan dengannya diserbu ekoran dakwaan bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1MBD.

Malaysiakini akan menerbitkan wawancara bersama Najib secara berperingkat.

(Disiar dalam MalaysiaKini, 27 Jun 2018)
https://www.malaysiakini.com/news/431588

No comments:

Post a Comment