AdSense

Thursday, April 5, 2018

Kerajaan Malaysia sudah lakukan yang terbaik


Apa lagi bukti kejayaan sesebuah kerajaan itu jika tidak diukur kepada aras pembangunan, pemodenan dan berdaya saing dengan negara membangun lain.

Keluar dari gua dan lihatlah di sekeliling kita, pembangunan rancak di sana sini dan apa yang lebih membanggakan ia tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar atau elit semata-mata.


Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ambil alih Putrajaya pada tahun 2009, pentadbirannya menyentuh keseluruhan perkara. Cara tadbir #DahulukanRakyat ini ternyata memberi impak positif kepada rakyat Malaysia.

Ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke 16 di PICC Putrajaya semalam, Najib kelihatan berpuas hati dan beliau berhak mengukir senyuman apabila 1,432 Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam berjaya dilaksanakan sekaligus meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Kerangka maqasid syariah dan 3 prinsip - nilai perkhidmatan awam antara intipati utama ucapan Najib.

Setiap kali berucap, Najib pastinya tidak pernah lupa pada kisah kejayaan negara dalam bidang pengangkutan awam. Ini kerana pengangkutan awam merupakan tajuk besar dalam pemikiran Najib. Beliau mahu rakyat di negara ini dapat hidup dalam suasana yang selesa dan sejahtera.

Penulis masih ingat ucapan beliau ketika sesi perjumpaan dengan pemain dalam industri pengangkutan awam 2 tahun lalu. Katanya, di Kuala Lumpur misalnya, kesesakan lalulintas adalah masalah utama. Bagaimana kita boleh hidup dalam keadaan sejahtera kalau setiap pagi dan petang akan berasa stress?

Sebab itu beliau mahu mentransformasikan pengangkutan awam di negara ini. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kemudiannya ditubuhkan pada tahun 2010.


"Kerajaan juga sedang dan telah melaksanakan pembangunan infra-rakyat seperti projek MRT fasa pertama, yang telah mencipta sejarah apabila berjaya disiapkan lebih awal daripada yang dijadualkan, hingga menjimatkan 2 bilion ringgit.

"Manakala, bagi jajaran kedua MRT Sungai Buluh-Serdang-Putrajaya, yang sedang dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2022. Kita juga sedang merangka pembinaan jajaran ketiga dibawah Klang Valley MRT Project atau KVMRT," katanya.

Dalam masa sama ia bukan saja tertumpu di Kuala Lumpur tetapi meliputi seluruh kawasan dalam negara waima pelusuk kampung. Inilah idea masa hadapan Najib bersama agensi yang bertanggungjawab iaitu SPAD yang banyak memainkan peranan menjayakan aspirasi negara.

"Projek East Coast Rail Link atau ECRL umpamanya, di sebelah Pantai Timur, yang akan menghubungkan dari Pelabuhan Klang hingga ke Tumpat, Kelantan.

"Selain itu, Kerajaan juga sedang rancak menjayakan projek High Speed Rail atau HSR yang bakal menghubungkan dari Kuala Lumpur ke Singapura, dan projek lebuhraya Pan Borneo tanpa tol, dengan jarak lebih 2 ribu kilometer, di Sabah dan Sarawak, yang sudah pasti bakal menjadi game changer, selain membuka peluang dan merangsang lebih banyak aktiviti ekonomi buat masyarakat di kawasan sekitarnya."


Jelaslah di sini bahawa pentadbiran Najib dan Barisan Nasional benar-benar memperjuangkan nasib rakyat serta negara secara holistik.

Belum lagi kita sentuh tentang Transformasi Negara 2050 yang menfokuskan kepada generasi akan datang. Generasi muda sendiri yang mencorakkan masa depan mereka. Inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata, kita sendiri membina negara kita. Bukan seperti dulu, pemerintah memberi arahan kepada rakyat. Sebaliknya hari ini, rakyat yang memberi arahan kepada pemerintah.

Jadi, nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan?

Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017
SPAD bukti kejayaan transformasi pengangkutan awam Malaysia

No comments:

Post a Comment