AdSense

Tuesday, March 6, 2018

Pembangkang berani tabur janji sebab tak perlu tunaikan


Beginilah cara politik parti pembangkang yang gemar menjanjikan bulan dan bintang. Lebih-lebih lagi dah nak masuk musim pilihanraya.

Jika diamati kempen pembangkang pada PRU13, mereka berani menabur janji yang manis kerana tahu ia tidak mampu ditunaikan. Maksud lain, mereka sedar akan menerima kekalahan pada PRU13.


"Hari ini kita menang pilihanraya, esok harga minyak turun!" Kata ketua pembangkang Anwar Ibrahim ketika berkempen sekitar awal tahun 2013.

Ramai yang terpedaya dengan janji itu. Namun ada juga yang masih waras dan bertanya, jika turun, berapakah angkanya? Tempoh penurunan sampai bila? Adakah turun 1sen, keesokkannya naik 10sen?

Biarpun Anwar adalah bekas Menteri Kewangan namun tidak bermakna beliau mahir ekonomi sepenuhnya. Beliau pastinya sedar Malaysia adalah negara pengeluar minyak tapi untuk dieksport. Ia lebih menguntungkan kerana minyak kita lebih berkualiti. Sebab itu harga minyak berpandukan kepada pasaran global.

Sama juga dengan GST. Jika benar pakatan hendak mansuhkan GST seperti yang dilaungkan dalam ceramah mereka hari ini, bagaimana pula caranya untuk membangunkan negara? Dari mana sumber pendapatan negara tatkala harga minyak dunia jatuh?

Mampukah kerajaan pakatan memberi BR1M pada rakyat berpendapatan rendah sepertimana yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menfokuskan subsidi bersasar? Mampukah sistem percukaian yang tidak telus seperti SST dulu dapat ditangani? Pemimpin hendak bela rakyat atau peniaga kaya raya yang sering lari daripada membayar cukai?

Sebab itu penulis kata pembangkang adalah raja penabur janji palsu. Bila menang pilihanraya, mereka kata manifesto itu bukan janji. Senang saja bukan.

Berbeza dengan Barisan Nasional. Selepas menang pilihanraya, setiap janji pasti ditunaikan. Lihat saja sekeliling kita. Semakin hari negara bertambah baik. Tidak hairanlah pendapatan KDNK kita meningkat 5.9 peratus.

Bagi Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa pula, pembangkang sering bersandiwara dalam politik.

Hipokrit dan bermuka-muka hanya kerana kuasa.

DAP Lim Kit Siang sebagai ketua berlegar-legar dikawasan bandar manakala PPBM Mahathir terpaksa melutut kaki DAP meraih survival politik.

Jelas Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, rakyat pastinya tidak sesekali lupa apa yang pembangkang pernah katakan dulu.

Maha Firaun, diktator dan bapa perompak adalah gelaran pemimpin pembangkang kepada Mahathir.

Manakala Mahathir pula sudah mendidik rakyat bahawa Lim Kit Siang dan DAP adalah rasis serta mengamalkan politik perkauman.

Hari ini mereka terpaksa berlakon seolah-olah sejarah itu buta dan mudah lupa. Hakikat menyedari bahawa rakyat tidaklah bodoh untuk terpedaya dengan lakonan yang dipersembahkan oleh pemimpin pembangkang. Nama saja pakat tapi penuh dengan dendam dan nafsu serakah mengejar kepentingan peribadi.

#PRU14 #TolakPakatanProDAP #UndiBN #BetterNation #BarisanaProRakyat #KamiGengNajibRazak

SUARA LENSA
6 Mac 2018

No comments:

Post a Comment