AdSense

Friday, March 2, 2018

Kalau UMNO BN rasis, kenapa wujud sekolah Cina?


Facebooker yang semakin meningkat popular, Zee How Tai ada menyiarkan satu video membalun puak Cina DAP yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang ada dalam Malaysia hari ini khususnya bidang pendidikan.

Beliau mengajak saudara Cinanya yang pro DAP untuk mengira berapa banyak sekolah Cina di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura - negara yang didominasi oleh kaum Cina.


Zee How Tai yang penuh dengan semangat patriotik pada Malaysia ini juga mencerita kisah beliau dengan seorang sahabat dari negara China.

Secara ringkasnya, orang Cina yang berhijrah dari negara China sepatutnya mengikut budaya negara tersebut. Maknanya, tiada keperluan untuk membina sekolah Cina atau Tamil di Tanah Melayu!

Namun di Malaysia, keamanan dan keharmonian masyarakat majmuk menjadi teras pembangunan negara. Sejak negara ditadbir Perikatan (kini Barisan Nasional), soal toleransi sering menjadi keutamaan.

Ketika ini ada sebanyak 1,298 SJKC di seluruh negara dengan 883 daripadanya berstatus sekolah bantuan kerajaan. Dari jumlah itu, sebanyak 454 adalah sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai enrolmen 150 murid atau kurang (data pada 31 Ogos lalu)

Gurunya pula seramai 39 ribu orang. Kerajaan juga memperuntukkan RM120 juta sebulan untuk gaji guru berkenaan. Setahun, RM1.4 bilion. Belum lagi kira tambahan RM50 juta. Ini tidak termasuk peruntukkan untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan lain-lain.

APA LAGI KAMU MAHU tanya Zee How Tai pada saudara Cina pro DAP.

Video : https://www.facebook.com/sergeant.roy/videos/10157333408314966/

26 Oktober 2017 menjadi detik sejarah apabila kerajaan mengumumkan pembinaan 10 sekolah Cina yang baru.


Petikan media : 

Kementerian Pendidikan meluluskan permohonan pembangunan 10 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) iaitu masing-masing lima di Johor dan Selangor.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata pembangunan sekolah itu bagi memenuhi keperluan pendidikan masyarakat Cina dan dibina di kawasan penduduk kaum Cina yang ramai.

Beliau berkata, selain itu enam SJKC sedia ada juga akan dipindahkan ke lokasi baharu.

"Bagi 10 SJKC baharu, kementerian berpandangan pelaksanaan sekolah itu perlu berdasarkan keutamaan dan keperluan projek, serta kebolehupayaan ekonomi dan kewangan negara.

"Sementara perpindahan enam SJKC yang dikenal pasti perlu mengikut prosedur dan syarat yang ditetapkan oleh kementerian termasuk persetujuan ibu bapa dan hal berkaitan urusan perpindahan sekolah," katanya berucap pada Majlis Pengumuman Pembinaan SJKC baharu di sini, hari ini.

Sementara itu bagi Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pula, beliau berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri yang prihatin dengan permintaan parti komponen bagi penambahan SJKC baharu khususnya di kawasan penduduk berkepadatan tinggi.

"Kita dah mohon penambahan ini sejak tahun lalu dan akhirnya kerajaan dapat meluluskannya. Kelulusan yang diberikan ini mampu mengurangkan kesesakan murid di sekolah tertentu.

"Pembinaan SJKC ini akan dilakukan secepat yang mungkin namun secara berperingkat dan kami juga berharap kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mempercepatkan urusan berkaitan tanah."

Andai UMNO dan BN rasis, dapatkah sekolah Cina atau Tamil atau apa saja selain sekolah kebangsaan dapat didirikan? Bahkan Timbalan Menteri Pendidikan 1 dan 2 juga diwakili oleh Senator Datuk Choon Sin Woon dan Datuk P.Kamalanathan!

Inilah bukti bahawa kerajaan Malaysia yang ditadbir BN merupakan kerajaan terbaik yang terus bertoleransi antara kaum. Bahkan kaum minoriti seperti di Sabah dan Sarawak juga ada yang menjadi menteri!

Ingatlah, UMNO dan Barisan Nasional bukanlah parti rasis jauh sekali ekstremis sepertimana yang sering dituduh pihak antikerajaan serta pembangkang.

#BetterNation

SUARA LENSA
2 Mac 2018

No comments:

Post a Comment