Senarai calon parti komponen Barisan Nasional untuk PRU14 sudah diberikan kepada Perdana Menteri sebelum ia dimuktamadkan.
Beginilah amalan dalam komponen Barisan Nasional. Segala proses dalam parti lebih tersusun dan sistematik berbanding Pakatan Harapan yang diketuai DAP.
Masing-masing berebut-rebut untuk menjawat jawatan tertinggi dalam pemerintahan negara. Belum lagi sentuh soal pembahagian kerusi.
Sementara dalam Barisan Nasional pula, semangat toleransi dan bersatu-padu menjadi teras yang diamalkan sehingga kini, sejak bergelar Parti Perikatan lagi.
Begitu juga antara MCA dengan Gerakan umpamanya. Biarpun dikenali sebagai dua parti Cina namun kedua-duanya sentiasa bekerjasama dan bersatu padu atas bendera Barisan Nasional.
Sabtu ini akan berlangsungnya himpunan terbesar MCA-Gerakan. Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, ini adalah bukti bahawa saranan Najib supaya kekal berada dalam keadaan bersatu-padu disambut positif parti-parti komponen.
Melihat kepada keadaan ini, penulis merasakan Barisan Nasional sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU14 yang disifatkan sebagai Bapa Pilihanraya.
Tambahan pula parti 'Gelombang Biru' ini kelihatan semakin kukuh berbanding suatu masa dahulu. Pada ketika wujud kumpulan anti-Najib, kumpulan yang gila kuasa dan kumpulan pemecah belah.
Syukur, segala parasit dalam UMNO dan Barisan Nasional sudah pergi meninggalkan parti dan berpindah ke Pakatan Pro DAP.
Barisan Nasional semakin kuat manakala Pakatan Pro DAP bertambah lemah - bagai retak menanti belah.
#PRU14forBN
No comments:
Post a Comment