AdSense

Thursday, January 18, 2018

Angkut stall Daily Burger : DAP-PKR test market orang muda?


16 Januari 2018, saat ia jadi tarikh bersejarah negara apabila satu perjanjian ditandatangani berkaitan RTS yang memberikan keselesaan di pintu masuk Malaysia-Singapura
http://suaralensa.blogspot.my/2018/01/terkini-pasal-rts-malaysia-singapura.html , pengguna media sosial dihidangkan dengan sekeping gambar - rampasan sebuah gerai burger tepi jalan yang dikenali Daily Burger.

Terduduk sekejap tokey kedai burger ini yang juga orang muda dan Bumiputera. Semua pekerjanya juga adalah dalam golongan sama. Berusia lingkungan 20an.


Sepantas kilat, page Facebook Taman Sri Gombak yang menyiarkan berita tersebut mendapat reaksi pelbagai pengguna media sosial. Lebih seribu like, hampir 300 perkongsian seterusnya menjadi viral.


Barangkali tular itu sampai ke Pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Siapa tidak kenal dan tahu, sejak Azmin dan DAP ambil alih pemerintahan negeri, ada saja isu-isu pasal 'roboh' gerai berlaku. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak saja yang 'merobohkan' tol yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor walaupun BN duduk sebagai kerusi pembangkang.

Berbalik kepada kes Daily Burger... Tidak lama selepas kejadian mengangkut, lori tersebut datang semula ke tapak perniagaan mereka dan 'memulangkan semula' stall yang dirampas - bersebelahan dengan kedai serbaneka. Sejurus kemudian tersebar ucapan terima kasih, syukur dan seumpamanya, tanda meraikan kembalikannya stall burger yang paling terkenal di Sri Gombak.


Apakah ini satu drama yang sedang diarahkan oleh pejabat Menteri Besar? Mahu menguji sokongan anak muda kepada mereka? Mahu diangkat sebagai hero dalam kalangan anak muda Selangor? Kononnya memperjuangkan nasib usahawan kecil? Walhal kewujudan Daily Burger di kawasan itu sudah lama.

Jika benar PKR dan DAP membela peniaga Melayu dan kecil, kenapa tidak menyediakan kawasan yang lebih selesa kepada mereka? Jika Daily Burger menjadi punca kesesakan, tahap kebersihan dipersoal, kenapa tidak memberi mereka peluang berniaga di kawasan yang lebih baik? Mereka bukan sehari dua berniaga di situ. Sudah bertahun-tahun lamanya.


Adakah kerana mereka lelaki, bukan Nasi Lemak Anak Dara?

Kalau diperhatikan, bukan Daily Burger saja yang menjadi punca jalan sekitar sesak. Jika hendak kata kedai burger ini kotor, kenapa tidak ambil tindakan juga kepada gerai-gerai berdekatan?

Jika hanya menuding jari kepada pengadu yang membuat aduan, alang-alang sudah sampai, kenapa tidak terus 'singgah' di kawasan sekitar yang boleh dikatakan menjadi punca kesesakan trafik dan premis kotor?

Buat anak muda Daily Burger, kalian mungkin tidak mendapat pembelaan di kawasan anda. Namun jangan risau. Rujuklah jabatan-jabatan atau agensi kerajaan Barisan Nasional yang banyak menawarkan program / geran / bantuan untuk usahawan kecil. Tak perlu lagi mengharapkan sesuatu daripada kerajaan PKR DAP. Mereka hanya sibuk berdrama dan bermain politik.


Layari http://www.teraju.gov.my/

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 memperuntukkan RM3.5 bilion untuk memperkasa Bumiputera.

Sejumlah RM555 juta disediakan untuk program peningkatan keusahawanan Bumiputera yang terdiri daripada Program Keusahawanan dan Premis Perniagaan PUNB (RM200 juta), Program Pembangunan Keusahawanan MARA (RM200 juta) serta RM155 juta untuk program kapasiti vendor, Tunas Usahawan Belia atau TUBE, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera atau SUPERB dan Skim Anjakan Usahawan.


Menurutnya, bagi meningkatkan ekuiti dan pelaburan dalam sektor strategik, RM150 juta ringgit diperuntuk kepada Pelaburan Hartanah Berhad dan RM150 juta kepada EKUINAS.

Rujukan : http://www.astroawani.com/berita-bisnes/bajet-2018-peruntuk-rm3-5-bilion-untuk-memperkasa-bumiputera-159082

No comments:

Post a Comment