AdSense

Thursday, December 14, 2017

Pemandu teksi bersyukur dapat RM3000 - RM4000 sebulan


Lagi pemandu teksi telah keluar daripada sistem pajak dan menerima lesen teksi individu. Tak cukup dengan itu mereka turut mendapat geran berjumlah RM5000!

Untuk makluman, setakat tahun 2017 ini saja, seramai 1,208 pemandu teksi telahpun menerima lesen teksi individu. Manakala seramai 564 pemandu teksi mendapat geran berjumlah RM5000 setiap seorang. Seronoklah mereka.


Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Datuk Seri Nancy Shukri, pengeluaran lesen individu ini juga merupakan antara inisiatif di dalam Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

Tambah Nancy, kebanyakkan pemandu teksi tidak memahami dengan jelas mengenai TITP ini yang banyak memberi manfaat serta masa depan yang lebih baik buat mereka.

Lantas itu pegawai-pegawai SPAD sering turun padang dan menemui sendiri para pemandu teksi dan menerangkan secara terperinci mengenai TITP termasuk usaha-usaha kerajaan dalam menambahbaik industri teksi di Malaysia.

Iyalah, barangkali pemandu teksi tidak berkesempatan untuk hadir dalam pertemuan atau dialog yang dianjurkan selama ini samada dijalankan oleh pihak SPAD mahupun persatuan-persatuan teksi.

"Saya langsung tidak menjangka akan mendapat lesen individu. Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri Najib." G. Saroja.

"Saya dari Johor Bahru. Sangat sebak kerana dapat RM5000. Lepas ni saya nak cari teksi baharu." Lee Chuan Chin.

"Bila dah dapat permit sendiri ni, saya rasa lebih bersemangat untuk dapatkan lebih ramai penumpang. Tambahan pula sekarang dah boleh buat e-hailing. Secara tak langsung ia dapat menambahkan lagi pendapatan kami. Saya boleh dapat RM3000 ke RM4000 sebulan." Rizki Malindo Wijaya.

Demikian kata-kata pemandu teksi yang menerima lesen individu dan geran RM5000.

Jelas di sini bahawa industri teksi sentiasa mendapat perhatian kerajaan khususnya SPAD. Dakwaan yang mengatakan industri teksi dipinggirkan dan bakal lenyap merupakanya tuduhan yang tidak tepat.

Mengulangi kenyataan Nancy, ia adalah satu proses. Bukankah kita sedang mentransformasikan industri teksi ke arah yang lebih baik? Paling utama, seiring dengan peredaran semasa yang serba moden?

No comments:

Post a Comment